Pages

Tuesday, March 17, 2009

UMNO Dan PAS Perlu Berkorban!!!





UMNO, Pas perlu berkorban

Oleh AIZAWATI AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mac - UMNO dan Pas perlu mencari mekanisme terbaik jika kedua-dua parti itu mahu meneruskan hasrat mereka untuk bergabung.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kedua-dua parti itu juga perlu bersedia untuk berkorban dan ikhlas menerima sebarang perubahan terutamanya perkara yang membabitkan prinsip serta ideologi masing-masing.

"Bercakap memang mudah, tetapi hendak melaksanakan, ia satu perkara yang sukar jika kedua-dua parti tidak ada keikhlasan untuk menjayakannya.

"Jika Pas hendak sertai Barisan Nasional (BN), kita kena cari mekanisme terbaik bagi menjayakannya, kedua-dua parti perlu ada keikhlasan dan banyak berkorban,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang mencadangkan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan BN khususnya UMNO dan Pas yang merupakan impian seluruh orang Melayu di negara ini.

Mohamad Khir berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, menurut Syed Ali, jika awal-awal lagi kedua-dua parti sudah ada prasangka buruk antara satu sama lain, hasrat untuk bergabung amat sukar direalisasikan.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nidzammudin Sulaiman memberitahu, Pas perlu melupakan pengalaman lalu jika mahu bekerjasama dengan BN.

Jelasnya, jika dilihat kembali pendapat daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau dikatakan cukup serik untuk bekerjasama lagi dengan UMNO.

"Di sini, saya melihat perlunya pengorbanan daripada kedua-dua parti, Pas perlu ada pendirian baru dan mereka kena melupakan pengalaman lalu.

"Sementara itu, UMNO pula yang selalunya bersikap dominan perlu berkorban dan tidak boleh menganggap Pas sebagai sebuah parti komponen yang kecil," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal pula berpendapat, cadangan itu tidak mustahil untuk dilaksanakan dan yakin ia boleh direalisasikan dalam sekelip mata jika kedua-dua pucuk pimpinan parti tersebut ada keikhlasan untuk menjayakannya.

"Kita kena perlu ketepikan emosi jika mahu melihat nasib orang Melayu dan agama Islam terus mendapat pembelaan sewajarnya dan yang paling penting untuk memelihara agar Melayu tidak berpecah-belah," tegasnya.

Beliau berkata, UMNO dan Pas perlu berkorban kerana ini semua untuk masa depan orang Melayu walaupun kedengaran masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Subahan juga percaya penggabungan itu akan membantu menstabilkan politik Malaysia terutamanya dalam situasi negara ini menghadapi krisis ekonomi global.

Ini adalah petikan dari :http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

-----------------------------------
Ulasan:Cucu Tok Jambul

Saya buka penganalisis politik,hanya sekadar mahasiswa pemerhati dari jauh.Sekadar pandangan dan persoalan kepada teman2.Dan mungkin lebih kepada persoalan2.

1-Siapa yg mahu bergabung dgn siapa?
2-Sebab apa mahu bergabung?
3-Apakah perbezaan antara UMNO dan PAS hanya semata2 perbezaan ucapan kalam pimpinan,pemakaian atau dari sudut dasar pertubuhan organisasi tersebut?
4-Siapakah yg tidak ikhlas?
5-Mengapa perlu diwujudkan kerajaan antara UMNO dan PAS?
6-Mengapa ada sangka buruk?Macam ada sejarah yg ingin dilupakanje.
7-Mengapa perlu lupakan pengalaman lalu,jika ianya sbg panduan pada hari ini dan akan dtg,sbb sejarah akan berulang jika kesilapan yg sama dilakukan.
8-Siapa yg ikhlas atau tidak?Atau ada individu yg ingin jaga kepentingan diri sendiri?

Sedarlah wahai umat Islam.Hidup kita hanya utk Allah dan ISLAM.ISLAM perlu diletakkan di tempat yg sepatutnya.ISLAM itu sempurna,tidak boleh sama sekali dipisahkan antara EKONOMI,PENTADBIRAN,PERNIAGAAN,PERUNDANGAN dan seluruh kehidupan kita di dunia ini.PERBEZAAN BESAR ANTARA UMNO DAN PAS ADALAH PAS INGIN DAULATKAN ISLAM MANAKALA UMNO NASIONALISME.

2 comments:

Aishah Azmi said...

UMNO sama sekali tidak sama dengan PAS...
UMNO, mempergunakan rakyat sedangkan PAS menegakkan syiar dan mendaulatkan sunnah Rasulullah dalam kepimpinan dan mengambil al-quran sebagai petunjuk perjuangan..
Moga adanya hari-hari kejatuhan UMNO pada masa akan datang...insyaAllah..

Takbir!!!!!!

Allahuakbar...

Cucu Tok Jambul said...

Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah,bila2 masa kita semua akan dicabut nyawa.Peluang yg ada,marilah pakat2 bertaubat wahai semua teman2ku.