Pages

Wednesday, March 11, 2009

Ku Tujukan Buat Pejuang Islam




Watikah Batu Bersurat

Rasulullah Dengan Arwah Santabi Mereka

Asa Dewata Mulia Raya Beri Hamba
Meneguhkan Agama Islam

Dengan Benar Bicara Derma Mereka Bagi
Sekalian Hamba Dewata Mulia Raya

Di Benuaku Ini Penentu Agama Rasulullah
S.A.W Raja

Mandalika Yang Benar Bicara Sebelah
Dewata Mulia Raya Di Dalam

Bumi Penentu Itu Fardhu Bagi Sekalian
Raja Manda

Lika Islam Menurut Setitah Dewata
Mulia Raya Dengan Benar

Bicara Berbajiki Benua Penentu Itu Maka
Titah Seri Paduka

Tuhan Menduduki Tamra Ini Di Benua
Terengganu Adi Pertama Ada

Jumaat Di Bulan Rejab Di Tahun
Saratan Sasanakala

Baginda Rasulullah Telah Lalu 702



WATIKAH NUSANTARA

Ku dengarkan akan teliti akan ia demi amanah yang dipikul demi matlamat akhirat.

Kang (yang tua yang membaca),sesungguhnya ini tersurat kata2 yang akan menghapuskan segala dosa,mendengar akan,mengata akan,mengamal akan,mengikut akan sahabat yang mulia.Baginda memerintahkan berpandu akan ia.Baginda setahu-tahunya susulan apa yang diwasiatkan oleh Baginda.

Kang (pada yang membaca/abang)tugas memikul tugas mu.Kang Ku tujukan pada mereka yang akan dimaki,akan dihamun,akan dihenyak,akan disembelih dan akan disalibkan.Ini usul cerita bermula darihal dunia yang hina.Hina kerana tidak beragama.Hina kerana menjadi hamba pada mereka yang bermaharajalela.Tak terputus rahmat kuasa berdalilkan Quran yang mulia,yakni ilmu sudah dikira mendapat restu Maha diRaja,sultan direstu,sultan mulia agar dapat semua beragama.

Kang (ahli / abang ) tak ada apa-apa yang Ku rasa.Kitab ini harta hanya layak pada yang empunya.Aku serah pada empunya terkandung dalam semua rahsia……………jalan menuju pada yang jaya.

Pada mula alam dicipta pada qalam Allah berkata taat aku tiada hingga engkau jangan engkau berlaku dusta.Kang ini ilmu nyata pada mata yang ada takhta,salinan dibuat di merata hanya satu yang akan berkata.Kang lihat pada diri jangan lihat pada kiri.Lihat pada rasa lahir sudah apa jiwa.Pikul akan segala rahsia.Tetap akan pada si dia,nanti berjumpa kita dijalan usul terletak rahsia.

No comments: