.:: Muhasabah Dunia : Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-76 ::.
Sesi muhasabah dunia sudah hampir tiba bagi kami peringkat pimpinan PMRAM sesi 2008.Bahangnya makin terasa.Hanya tinggal beberapa hari lagi utk meneruskan baki sisa tugasan amanah yg dipertanggungjawabkan.Di dunia pun sudah dihisab,apatah lagi di HARI AKHIRAT di PADANG MAHSYAR,MAHKAMAH AGUNG ALLAH S.W.T.Sebesar zarrah pun segala amalan kita semua akan dihitungkan oleh Allah.Segala amalan telah tecatat di dalam buku catatan yg sangat rapi.ADAKAH KITA AKAN MENERIMANYA dari TANGAN KANAN atau TANGAN KIRI?
Debaran kencang makin terasa mungkin buat bakal pimpinan akan datang,kesyahduan makin mengcengkam jiwa pimpinan yg bakal turun.Rasa sayangkan PMRAM cintakan PMRAM.Ini semua bukan kerana lain,kerana PMRAM adalah BERDASARKAN AL-QURAN dan AS-SUNNAH.Yang cuba diamalkan dalam kehidupan seharian.Kerana kita adalah HAMBA ALLAH.Makan siapakah kita yg ingin ingkar pada aturan TUHANNYA?Carilah dunia lain jika kita ingin lawan ketetapan Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa.
Tahniah dan takziah awalnya ana ucapkan kepada seluruh teman-teman yang bakal menjadi BP dan HEWI bagi sesi 2009.Semoga kalian meneruskan pelayaran BAHTERA PMRAM ini agar ianya sampai ke destinasi yang SATU.Kalian adalah harapan kepada seluruh penumpang bahtera tersebut.Jangan hancurkan,jangan khianati.Teguhlah dalam menghadapi angin ribut,taufan yang bakal melanda.Tenggelam kita,niat tak berubah arah.SYAHID kita sebagai wasilah.
Jika selamat sampai ke destinasinya,janganlah terlalu berbangga.Bersyukurlah.Kerana semua kurniaan dgn izin Allah Yang Maha Berkuasa.Sekalung syabas daku ucapkan kerana kalian sanggup mengambil posisi di hadapan walaupun sudah jangka cabaran yg bakal dihadapi.Namun ingatlah!!!USAH GENTAR,USAH TAKUT.TERUSKAN BERJUANG HINGGA TAMAT.Kerana kita bukan org yang memulakan perjuangan ini,kita hanyalah antara mata-mata rantai perjuangan abang-abang dan akak-akak terdahulu.Biarpun ada yang karam di lautan,namun itu bukan alasan.
Semoga Allah tetapkan hatiku ini beserta dengan teman-teman2 seperjuangan yg lain.Kerana ku tahu dan aku yakin,hati ini adalah milik Allah Yang Maha Esa.Bila-bila masa akan diuji.Semoga DIMATIKAN kita atas JALAN YANG BENAR.
SALAM PERJUANGAN TIADA NOKTAH SEHINGGA BERTEMU ALLAH
ALLAHU AKBAR!!!!
No comments:
Post a Comment