.:: Ke Mana Arah Tuju Remaja Kita ::.
Kekasih ketagih seks ugut sebar klip bogel...
KUANTAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima hidup dalam ketakutan apabila mendakwa diugut teman lelaki yang mahu menyebarkan video seks dan gambar bogel jika enggan menuruti kemahuannya.
Kejadian terbabit mula disedari mangsa berusia 17 tahun berasal dari Kampung Sungai Pasu Gali, dekat Raub, apabila melihat perubahan pada teman lelakinya berusia 23 tahun yang menjadi pemarah serta panas baran jika kemahuan seksnya tidak dituruti.
Bagaimanapun, mangsa cuba berbincang untuk menyelesaikan masalah perhubungannya, tetapi teman lelakinya enggan dan menyatakan keinginannya mahu melakukan hubungan terlarang itu.
Difahamkan sebelum ini, mangsa bersama teman lelakinya itu beberapa kali melakukan hubungan seks sambil merakamkannya dengan menggunakan telefon bimbit.
Teman lelaki mangsa mengugut mengedarkan aksi bogel pelajar itu kepada rakan jika enggan menuruti permintaannya untuk melakukan hubungan terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata disebabkan takut ugutan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Raub, Jumaat lalu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, teman lelakinya enggan bersimpati dengan mangsa walaupun dirayu beberapa kali supaya tidak menyebarkan gambar bogel dan video seksnya itu.
Narenasagaran berkata, polis mengenal pasti identiti suspek dan akan membuat tangkapan dalam tempoh terdekat sebaik saja mangsa membuat laporan polis.
.................................................
Sedikit ulasan
Seringkali kita mendengar kes2 sepertimana yg berlaku di atas.Zaman kini seolah2 sudah tidak lagi menjadi suatu keaiban bagi remaja kita utk melakukan hubungan sex sebelum kahwin.Peringkat sekolah menengah hatta dari sekolah rendah juga sudah ada kes2 sebegini berlaku.
Baik.Beberapa perkara yg bagi saya perlu kita yg prhatin perhatikan dan ambil berat mengapa perkara sebegini boleh berlaku.
1-Tayangan filem,cerita,lagu2 yg terlalu mengasyikkan jiwa.Yang mana kebanyakkan mendorong jiwa muda-mudi utk bercinta mula dari zaman kecik lagi sehinggalah dewasa.Seolah-olah jika tidak bercinta,tidak ada pasangan kekasih,tidak ada pakwe atau makwe seolah-olah ketinggalan zaman.Kunolah,lapuklah dan sebagainya.
2-Lambakan filem2 luar,cerita orang putih,hindustan,china dan berbagai-bagai lagi yg telah banyak melemahkan jiwa muda-mudi umat Islam zaman kini.Kebanyakkan cerita semua sudah semestinya akan ada adegan ciuman,berpelokan dan segala yg boleh meruntuhkan moral akhlak kita ummat Islam.Memang ini adalah sebahagian perancangan Yahudi dan semua musuh Allah.Utk berperang dgn senjata mungkin mereka ingat sejarah perang salin,namun kita sebenarnye sudah tewas hanya dengan serangan jiwa.Jiwa kita semua telah dilemahkan oleh perasaan cinta pada dunia dan takut pada kematian.
.............................
Berbalik kepada fokus isu di atas.
Wahai saudara dan saudariku yang daku kasihi.Ingatlah kita semua bahawa kenikmatan dunia ini hanya seketika.Tidak salah utk kecapi kenikmatan dunia,namun tidakkah kita bimbang dengan cara yg salah kita kecapi nikmat dunia yg ada ini akan kita terima balasa azab Allah s.w.t yg amat pedih?
Sama2lah kita berfikir dgn akal yg waras sebelum kita melakukan sesuatu.Bila dah habis seronok takut sengsara yg kunjung tiba.Wahai pemudi harapan AGAMA,jgn biarkan dirimu ternoda dengan dosa,jgn biarkan pemuda meragut mahkota mu yg berharga itu.Jangan sesekali.Jangan dikau mudah termakan pujuk rayu pemuda yg hanya ingin merosakkan dirimu.Dikau hanya milik suamimu yg sah.
Wahai pemuda harapan ummah.Dimanakah kita berada sekarang ini?Di dunia yg kekal selamanya atau dunia yg bakal hancur nanti?Ingin keseronokkan yg kekal abadi?Ingin kahwini wanita yg cantik?Ingin dampingin wanita solehah yg akan menenangkan jiwa?Cuba sama-sama kita tilik kembali diri kita ini.Siapa kita?
Dah terlanjur melakukan dosa.Bertaubatlah.Selagi nyawa masih di badan.Allah itu maha penerima taubat.Allahurabbi.Ampunilah kami semua.Tunjukilah kami jalan yg ENGKAU REDHAI.Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Oleh : Cucu Tok Jambul
2 comments:
Assalamualaikum.Rentetan remaja masa kini memang di tahap kehausan ilmu agama yg menjadi pendinding drpd melakukan di luar batasan syara'.Remaja masa kini diprkt menengah menganggap satu trend yg perlu dlm melakukan zina brsma kekasih.Dgn ini,kita sendiri bertanggungjwb utk dekat dgn golongn sprti ini agr aqidah terjaga.
wslm.remaja adalah aset negara masa depan.rosak remaja kini hancurlah negara.
Post a Comment