Pages

Tuesday, July 10, 2007

Tudung Wanita


Nilai Tudung Wanita


Di sini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung

kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita

Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan

lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah

dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat

telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar

dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh

badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia

seperti intan dan berlian,ianya dibungkus dengan rapi

dan disimpan pula di dalam peti besi yang

berkunci.Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana

wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh

badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di

hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan

dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat,

darjat,nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah

sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,

sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita

saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.

Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari

peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.

Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah

kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai,

namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.

Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan

sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa

yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar

ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai

fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam

kini.


Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di

dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang

menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di

atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan

dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk

mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke

atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin

itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah

sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang

wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan

bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang

mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan

muhrimnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita

dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak

bertanggungjawab.


Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias,

maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun

bertudung, tetapi semakin membesarkan riak danbangga

dalam diri.


Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa

tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date,

sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.

Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan

rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina,

banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.

Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan

bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu

kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan

berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak

bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih

lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada

orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan

bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh

tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan

bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-

orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina,

khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang

yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak

orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap

orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan

bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak

bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa

lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk

Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga

kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun

bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-

orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama

Islam dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah

orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah

agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah

Islam.Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi

hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus

memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa,

kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk

disampaikan.Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula

dari diri kita sendiri.


Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik

tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi

dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari

masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga,

ego, riak dan lain-lain penyakit hati.


Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari

tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau

tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan

Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si

polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat

kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa,

manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat

adalah satu dosa lain.


Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari

suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.

Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki

perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir

dengan teman lelaki.Serahkan pada Allah tentang jodoh.

Memang Allah sudah tetapkan jodohmasing-masing.

Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan

amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi

terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi

orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat

suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka

mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang

lain.jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan

maruah sebagai wanita Islam.Barulah nampak Islam itu

indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak

yangmenghiasi peribadi wanita muslimah.


Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan

ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui

"Islam is really beautiful." Semuanya bilaindividu

Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai

wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak

langkah sekarang sebagai agen pengembang agamamelalui

pakaian.


Sumber : http://www.shamatun.blogspot.com

No comments: