Renungkanlah
Renungan Untuk Diri Ku Dan Semua Umat Islam
1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula
kerja
adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang
itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal
waktu
mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung
Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham
namanya?
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini
TETAPI tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan
pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu
terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita
penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong
mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?
3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-
duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila
ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-
siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah
dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil
masa berbulan- bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui
media massa. Mana yang lebih kita cinta?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada
ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi
merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu
bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan
tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya
Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar
tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah
penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini
satu perbuatan
buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina
buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak
yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia
hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak
hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.
5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa
yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila
TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak
terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa
terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang
dituntut-Nya.
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang
mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan
yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan
besar.
7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari
sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau
perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )
8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai
juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan
sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini
membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak
berkongsi suami.
9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari
kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku
adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih
baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika
tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya
atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih
yang mana satu.
10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu
dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di
pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor
peperangan memotong tali persaudaraan.
11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa saya
jahat, saya berdosa. saya tidak betul. saya bersalah, kerana saya
dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**
------------ -----
Biarla kita di hina...Janganla kita pula yang menghina..Kerana yang
dihina itu..adalah lebih baik pada pandangan Allah daripada yang
menghina..
No comments:
Post a Comment