Pages

Tuesday, July 10, 2007

Yahudi gerun keturunan Rasulullah

Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah
Oleh Abdurrahman Haqqi


“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat

ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah

SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai

kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW

ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah,

walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal

Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya

mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan

Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)

Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda

di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku

bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan

Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan

Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait,

penulis membeli buku berkenaan.

Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat.

Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran

atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut

dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan

Rasulullah SAW di seluruh dunia.

Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada

dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah

sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari

berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.

Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita

memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah

tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga

Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya:

“Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum

cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya

sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi

cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya

kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya

sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi

cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).

Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat

al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih

utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri

dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-

Ahzab: 6)

Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang

sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu

daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia

membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana

mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada

umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di

tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah

sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan

keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah

hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di

syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H)

dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal

ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang

Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia

supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak

sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang

daripada keturunannya’.

Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan

rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka

dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu

keturunan dengan keturunan lain.

Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait

Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi

pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka

supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik

zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.

Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan

al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya

Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada

kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah

al-Ahzab: 33)

Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah

keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku

keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-

Tabrani)

Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu

dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut

hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat

untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya:

‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan

‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian

mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada

Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya

Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada

keluarga (ahlul-bait) Muhamad.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang

tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga

mereka memperkecil bahkan menghina mereka.

Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam

macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah

mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan

permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah;

orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang

mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu

dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah

dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang

yang menghalalkan larangan Allah; orang yang

menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan;

dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat

Tirmizi dan al-Hakim).

Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang

mendapat kutukan Baginda adalah orang yang

menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan

atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak

sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak

mereka.

Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-

bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang

bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’

protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada

menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian

bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan

memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’

(iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan

(genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya

golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan

negara daripada serangan kita.

Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan

(institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina

golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai

golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula

dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing

berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang

(sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat

serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas

keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah

golongan bangsawan (warisan) ini.

Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan

(warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman

kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai

yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini

diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.

Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap

umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-

bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di

atas.

Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin

dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada

zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala

menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan

kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat

manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik

hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras

menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah

ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci

ahlul-bait Rasulullah binasa.

“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak

signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan

ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya

sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi

mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-

bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka

mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam

Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi

ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka,

terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat

Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy

atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)

Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat

menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka

daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada

kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu

Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada

manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada

kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam

yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah

kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura:

23).

Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti

dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun

jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada

kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada

keluargaku.”

Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah

lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama

Islam suci lainnya.

No comments: