Pages

Monday, May 24, 2010

.:: Tips Bagaimana Utk Elak Rasa Bosan ::.

Anda mudah berasa BOSAN? Tak tahu macammana nak kurangkan rasa bosan? Cuba baca 5 tips yang saya kongsikan di bawah tu. Mungkin dengan melakukan tips tersebut mampu mengurangkan rasa bosan anda. Siapa tahu kan? Tak cuba tak tahu…


  • Tips 1 : Mulakan hari anda dengan positif

Bagaimana untuk jadi positif? Untuk jadi positif, minda anda dulu mesti dipositifkan. Maksudnya, anda tak boleh berfikiran negatif. Tanamkan betul-betul dalam hati dan minda anda bahawa anda adalah seorang yang sentiasa berfikiran positif. Lawan semua perasaan bosan dan moody anda. Usah terlalu ikutkan perasaan. Jika anda berasa bosan, cuba senaraikan apakah yang menyebabkan anda bosan. Apabila anda senaraikan, anda akan dapati bahawa, sebenarnya TIADA SEBAB untuk anda berasa bosan. Jadi kenapa nak membosankan diri??

  • Tips 2 : Buka mata, buka minda dan buka hati

Jangan kecilkan ruang lingkup pemandangan dan pemikiran anda. Cuba ajar diri untuk lebih menghargai masa dan persekitaran anda. Buka mata seluas-luasnya, lihat persekitaran dengan penuh rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Lihatlah lagak manusia yang pelbagai, lihat haiwan-haiwan yang bermacam jenis, lihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan menyegarkan, lihat bangunan-bangunan yang hebat dan mencakar langit, lihatlah alam ciptaan Tuhan yang maha hebat itu. Bukankah semua itu sangat unik dan menghiburkan? Rasailah kemeriahan alam, syukuri apa yang ada dan nikmatilah hidup ini.


  • Tips 3 : Tulis sasaran atau target anda setiap hari

Menulis target atau membuat perancangan apa yang anda ingin buat, mampu memberikan motivasi dan membuatkan anda lebih fokus. Apabila anda fokus kepada kerja atau tugasan anda, maka susah untuk anda berasa bosan. Jadi, tuliskan target atau apa yang anda ingin lakukan pada sekeping kertas setiap hari, dan bawa kertas itu ke mana-mana. Apabila anda terasa bosan, cuba lihat matlamat dan sasaran anda. Katakan pada diri bahawa anda mesti capai target anda hari itu!! Kalau perlu, PAKSA DIRI anda. Cuba cabar diri anda untuk lawan perasaan bosan tu.

  • Tips 4 : Telefon orang tersayang

Salah satu cara yang praktikal yang boleh dibuat dalam mengurangkan rasa bosan ialah dengan menelefon dan berbual dengan orang yang anda suka atau sayang. Siapa yang anda sayang? Ibu, ayah, abang, kakak, kawan baik atau boss?? Telefon sajalah sesiapa saja yang anda rasa selesa untuk anda berbual dan yang boleh membuatkan anda tersenyum. Berbual dan berbicaralah dengan mereka yang dapat membuatkan anda jadi bersemangat dan bermotivasi.

  • Tips 5 : Pergi ke tempat atau kedai yang anda suka

Kalau anda berasa bosan, jangan biarkan diri anda duduk terperuk saja di satu-satu tempat. Kalau anda berasa bosan di rumah, jangan terperuk saja dalam rumah. Keluar la berjalan-jalan ke tempat yang anda suka. Sebab pertukaran tempat mampu menyegarkan minda dan perasaan anda. Kalau saya, saya suka pergi ke kedai buku seperti MPH atau POPULAR. Kalau terasa bosan-bosan saja, pasti saya akan segera ke kedai buku terdekat. Hati dan perasaan saya akan jadi berbunga-bunga dan seronok sekali apabila berada di kedai buku. Saya pun tak tahu mengapa, tapi yang pasti, kedai buku memang sangat berkesan mengurangkan rasa bosan saya. Anda bagaimana?

OK lah, saya rasa cukuplah dulu 5 tips bagaimana untuk kurangkan rasa bosan tu. Kalau saya tulis panjang-panjang karang, anda pula yang terasa bosan untuk membacanya kan. Jadi, lebih baik lah saya berhenti di sini.

Kalau anda ada tips lain yang anda amalkan untuk mengurangkan rasa bosan dengan berkesan, kongsikanlah dengan pembaca-pembaca lain . Terima kasih ;)



No comments: