.:: Munajat Hamba2-MU ::.
.:: Munajat Hamba2-MU ::.
‘Dicubit paha kanan,paha kiri juga terasa sakit’.’Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’.
إنما المؤمنون إخوة.Sungguh indah bila bersaudara,berkasih sayang kerana Allah.Berukhuwwah dalam Islam,ikatannya adalah akidah yg sahih.Manisnya ukhuwwah atau nikmatnya bersaudara itu hanya akan dapat dirasa hanya pada mereka yg benar2 ikhlas menunaikan haknya kerana Allah.
Walau nama tidak dikenali,
walau mata jarang ditatapi,
namun hati tertaut kerana ILAHI
kesannya akan dapat dirasai.
Isu nama mahasiswa dan mahasiswi masih lagi belum naik sehingga mereka ini tidak dapat memasuki perperiksaan.Masalah yg sama juga berlaku pada tahun2 sebelum ini.Mengapa masalah yg sama masih lagi berulang pada sesi ini?Adakah JPMK dan pihak2 yg sepatutnya tidak buat kerja?Mereka ini makan gaji buta ke?Kalu mereka benar2 ingin membantu dan menjaga kebajikan mahasiswa pengajian ISLAM,tunjuk dan buktikan kepada kami semua.Jikalau dulu KERAJAAN UMNO DAN BN telah menarik bantuan utk SEKOLAH2 AGAMA RAKYAT,system pengajian MUADALAH juga dibatalkan,ini semuanya menjurus kepada penyekatan kebangkitan rakyat dalam belajar dan menuntut ilmu agama.
Duhai penzalim2 sekalian,kalian mesti ingat dan tahu,air yang ditakung akan membentukkan suatu empangan,dari empangan akan menjana suatu kuasa.Air yang mengalir,tidak akan berjaya dihalang,ianya akan tetap mengalir.Bahkan jika tetap dihalang,air tetap akan merempuh maju ke hadapan.
Jikalau UMNO mengatakan mereka membela nasib bangsa MELAYU,nah silakan selesai masalah yg sejak berzaman ini melalui usaha peringkat atasan.Yang kami khuatir,semua ini bukan masalah daripada pihak AZHAR,bahkan ada satu golongan pihak yang dengkikan dgn kebanjiran mahasiswa ke bumi MESIR ini.Takut sangatkah JPMK dan konco2nya dgn PMRAM.
Duhai teman2 mahasiswa tahun 1 SHOUBRA dan mahasiswi tahun 1 MANSURAH.Jangan sama sekali kalian lemah semangat,jangan sama sekali berputus asa.Allah sentiasa bersama2 dengan mereka yg sabar dan tidak putus2 mengharapkan bantuan daripada KERAJAAN LANGIT.Jangan mereka yg menzalimi kita itu merasakan mereka ada kuasa utk menghalang segala ketentuan ALLAH.Bahkan ada lagi KUASA YANG MAHA BERKUASA.KITA ADA DOA.ITU SENJATA BAGI ORG MUKMIN.
“Ya Allah Ya Tuhan kami,dengan merendah diri kami bermohon dan berhajat kepada-MU,Engkau Tuhan Yang Maha Melihat,Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang berlaku baik yang zahir mahupun batin tersembunyi,ampunilah dosa2 kami,tunjukilah kami jalan yang benar.Ya Allah Ya Tuhan kami,kami bermohon dengan kerendahan hati,kefaqiran diri,seandainya JPMK dan mereka yg terbabit merancang dan mereka yg melakukan segala perkara dan bentuk2 kerja yg sengaja direka2 utk menyekat,menghalang,menyusahkan kelancaran kami khususnya mahasiswa qiraat shoubra dan mansurah dan amnya kami pengajian ISLAM di dalam menuntut ilmu agama-Mu Ya Allah,maka kepada ENGKAULAH yg selayaknya mengetahui apa yg terbaik balasan buat mereka.Permudahkanlah urusan kami di dunia ini Ya ALLAH.Satukanlah hati2 kami mahasiswa di perlembahan NIL ini atas akidah yg benar,ISLAM yang syumul,tautkanlah hati2 kami antara satu sama lain di dalam memperjuangkan risalah agama-MU.Lemahkanlah jiwa2 mereka yg dengkikan kepada ISLAM,kuatkan jiwa2 kami dengan kebenaran yang haq.Mudah2han Engkau terima segala permintaan kami YA ALLAH.Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”
Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…..
Allahu Akbar…
                



 

 
 
 














 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



No comments:
Post a Comment