Pages

Sunday, May 09, 2010

.:: Jawi Sasar Sifar Gejala Sosial - Teruskan Usaha Yang Baik Jawi ::.

Keluarga yang bahagia adalah menjadi suatu idaman kepada semua org yg telah berkahwin.Tiada seorang manusia pun yg inginkan keluarnya menjadi porak peranda,huru-hara,selalu gaduh,bertengkar,berselisih faham,bercakaran,terajang sana sini.Semuanya inginkan keluarga yg aman damai,tenang,harmoni dan penuh dengan kasih sayang.

Di dalam buku 'Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutan) oleh Al-Fadhil Ustaz Yahya Othman ada menyatakan bahawa diantara tujuan2 gerakan Islam :

  1. Individu Muslim
  2. Rumahtangga Islam
  3. Jemaah Islamiyyah
  4. Masyarakat Islam
  5. Negara Islam
  6. Khilafah Islamiyyah
Islam ada satu agama yg syumul,mencakupi kesemua aspek dalam kehidupan di dunia ini.Dari sekecil2 perkara sehinggalah sebesar2 perkara.Cukup2 sempurna.

Pada kali ini,suka utk dikongsi bersama berkaitan daripada artikel ASAL..Jawi Sasar Sifar Gejala Sosial...Satu target atau sasaran yg cukup baik...tugas yg bukan mudah dan perlukan kerjasam daripada semua pihak.Daripada individu,masyarakat dan juga pemimpinan atau kerajaan dalam memastikan masalah ini selesai.

Di dalam artikel tersebut
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali beliau berkata empat faktor dikenal pasti menjadi punca kepada perceraian untuk pasangan di Wilayah Persekutuan :

  1. Pengetahuan yang agak cetek dalam bidang agama sebelum satu-satu pasangan itu berkahwin.
  2. Faktor ekonomi di mana ada kalanya sesetengah pasangan mempunyai kedudukan yang baik tetapi mengalami kesulitan kewangan kerana tidak bijak menguruskan kewangan.
  3. Pasangan yang begitu materialistik, sering membandingkan dengan apa yang dimiliki jiran sehingga mempengaruhi kehidupan berkeluarga mereka.
  4. Campur tangan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya ialah faktor yang turut menyumbang kepada perceraian.

Melontarkan kesalahan kepada sesuatu kelompok cukup mudah.Namun utk sama2 memperbaikinya cukup sukar.Seorang ayah ada haknya,seorang ibu ada haknya.bahkan anak juga ada haknya.Ilmu agama Islam tentang keluarga Islam yg sebenar perlu diajar,dididik kepada masyarakat.Perlu ditonjolkan contoh keluarga yg benar2 ikut cara Islam,tidak lain dan tidak bukan semestinya keluarga baginda yang mulia Rasulullah s.a.w.

Sistem pendidikan di dalam negara kita perlu dikaji semula.Pendidikan teramat2 penting dalam memastikan generasi pemuda dan pemudi hari ini mampu meneruskan kehidupan dunia zaman sekarang yg penuh dengan cabaran.Yang pastinya ISLAM ADALAH CARA MENYELESAIKAN SEGALA KEKUSUTAN.

Mengikut pengalaman peribadi saya sendiri,dalam memerhatikan dikalangan mereka2 yg agak bermasalah sedikit dari sudut ini,kebiasaannya berpunca daripada keluarga itu sendiri.Mak ayah selalu bergaduh,mak ayah bercerai,anak tidak dididik dan diasuh dgn cara yg betul,ditinggalkan kepada org lain utk menjaganya.Kasih sayang yg melampau2 dan juga lain2 faktor.Siapa yg silap?Siapa yg bersalah?Sama2 kita tanya kepada diri sendiri,dan ayuh kita lihat dan kaji semula sirah baginda dalam menyelesaikan masalah ini.

ISLAM ADALAH CARA MENYELESAIKAN SEGALA KEKUSUTAN.






No comments: