Pages

Saturday, May 29, 2010

Hubungan Antara Kader2 Dakwah Dulu,Kini Dan Selamanya

Islam adalah merupakan atur cara kehidupan yg diturunkan daripada pereka segala alam buana ini.Sebagaimana mereka yg mencipta telefon bimbit,akan disediakan buku panduan utk cara2 menggunakannya.Maka lebih2 lagi kita yg hidup atas muka bumi ini,kita sebagai makhluk sudah pasti khaliq kita menyediakan panduan utk kehidupan kita semua.

Buku panduan tidak dapat sama sekali mengajar kita apa yg sebenarnya dikehendaki oleh khaliq melainkan ada tok guru yg mengajarkannya.Maka utk kita telah diutuskan baginda Rasulullah s.a.w sebagai penunjuk jalan,cahaya bagi kegelapan umat diakhir zaman bagi mereka yg ikhlas mengikuti jalan2 utk pulang ke akhirat.

Didalam kitab FIQH SIRAH OLEH MUHAMMAD SA'ID RAMADHAN AL-BUTI ada dinyatakan kaitan antara ahli gerakan Islam,aktivis Islam,kader2 dakwah dulu kini dan selamanya sebagaimana maksud hadis yg telah disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w yg mulia ''Aku dan para anbia' sebelumku ibarat satu bangunan yg dibina oleh seorang lelaki.Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu bata pada suatu sudut.Maka org ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak diletakkan seketul batu bata di tempat yg kosong itu,maka akulah batu bata itu dan akulah penyudah segala Nabi''-Riwayat Shaikhan

Daripada maksud hadis diatas dapatlah disimpulkan persamaan gerak kerja dakwah para nabi,rasul dan juga pewaris2 para nabi adalah sama.

2 sendi asas yg penting dalam dakwah para anbia' :

1-Aqidah kepercayaan
2-Perundangan dan akhlaq

Aqidah kepercayaan yg diseru oleh para nabi,rasul2 dan kader dakwah adalah sama yg mana ianya berputar sekitar keyakinan kepada kuasa Allah s.w.t,mencusikan Allah dari segala sifat2 kekurangan,yakin kepada hari akhirat,perhitungan amalan,wujudnya syurga dan neraka.

Allah berfirman yg mana maksdunya ''Diturunkan kepada kamu sekalian agama sepertimana yg diutuskan kepada Nuh dan yg diwahyukan kepada seperti mana juga yg diutuskan kepada Ibrahim,Musa,dan Isa agar kamu menegakkan agama dan jangan berpecah belah kerananya.''-Asy-Syura :13

Demikianlah,gerak kerja dakwah Islam adalah sama,cuma yg beza,suasana,tempat,masa dan pekerjanya.Matlamat dan tujuan yg tetap sama.Kerana kita punya arah kiblat yg satu,kitab yg satu.WIHDATUL FIKR WA WIHDATUL AMAL.

Cucu Tok Jambul

Rujukan : Kitab Fiqh Sirah Ramadhan Al-Buti

No comments: