.:: Ruang Utk Mendapat Kebaikan ::.
Cara dan juga ruang utk kita buat kebaikan
1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah. .jpg)
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang. 
4.Bantu mendidik seorang anak. 
5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah. 
6.Berkongsi CD Quran atau Doa. 
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid. 
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum. 
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah. Lakukan dengan keikhlasan....
----------------------
-Pendek kata segala yg mudahkan orang lain adalah kebaikan.Begitu Maha Pemurah Allah Taala kan.
---------------------
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka".
---------------
-Rasulullah begitu merindui umatnya di akhir zaman yg mana tidak pernah bertemu dan berjumpa Baginda namun kecintaan yg begitu tinggi dan mendalah terhadapnya.Allahuakbar..











2 comments:
salam..betapa Allah itu Maha Pemurah kepada hamba2NYA..senang jer kita nak buat baik n dapat pahala ni..
x kira ape pun yg kita lakukan, asalkan kita memudahkan org lain, insyaAllah Allah kira ia sbg kebaikan..
kadang2 hanya dgn hanya tersenyum..x susah kan..bukannya nk kena kuar duit or tenaga yg banyak pun..malah dapat memebri kebaikan pd kita..
alhamdulillah..syukur kita dikurniakan nikmat Islam n bergelar hambaNYA..alhamdulillah..
wslm...naam
Post a Comment