.:: ENGKAU SI DIA AKU & KITA ::.
ENGKAU SI DIA AKU & KITA
Di dalam aku membesarkan ENGKAU,
AKU memikirkan bagaimana SI DIA menerima perintah ini,
Di dalam penerimaan perintah ini,
SI DIA berpayahan mencari yg terbaik untuk SEMUA,
Dari 50 diberi kemudahan kepada 5,
Berulang kali mengadap ENGKAU,
Sehingga SI DIA rasa tidak sanggup lagi,
Kerana malu dengan permintaan acap kali.
Di dalam mencari hakikat ini,
Kadangkala rebah di jalanan,
Bangkit bangun mencuba kembali,
Namun kekuatan yg ada tidak mampu bertahan,
Kerana kadangkala ia lemah tidak bermaya,
Kerana KECINTAAN kepada SANG KEKASIH,
Pengorbanan apa sahaja sanggup dilakukan.
Di benak selalu memikirkan,
Bagaimana putaran dunia ini berputar,
Bagaimana SI PEMILIK alam buana mentadbir indah,
Pernah terfikir,
Bilakah KERAJAAN AGUNG ini bermula?
Kerajaan yang penuh keagungan,
Penuh kebesaran,
KERAJAAN YANG MAHA ADIL.
ENGKAU YANG MAHA PENGASIH,
Tidak membiarkan SEMUA tanpa panduan,
ENGKAU utuskan SI DIA,
UTUSAN member jalan,
Jalan bagaimana untuk kembali,
Setelah kita bermula.
TIADA ADA TIADA ADA,
Jalan yg penuh berliku,
Setiap langkah ada lopak dan lubang,
Hati-hati kerana dunia penuh ujian,
Tiada siapa akan terlepas KECUALI,
Bantuan CAHAYA-NYA,
Kerana dunia ini gelap gelita,
Bukit yang indah kehijauan,
Keindahan dari jauh kelihatan,
Andaikata terjun ke dalamnya,
Segalanya ada.
KITA telah memulakan langkah,
Dan kita akan tiba di penghujungnya,
Tanpa ENGKAU utuskan SI DIA,
KITA semua akan terkandas dalam kegelapan ,
Selamanya.
BERJALAN BERKELAN MOGA KETEMU JALAN PULANG
By : Cucu Tok Jambul
Di dalam aku membesarkan ENGKAU,
AKU memikirkan bagaimana SI DIA menerima perintah ini,
Di dalam penerimaan perintah ini,
SI DIA berpayahan mencari yg terbaik untuk SEMUA,
Dari 50 diberi kemudahan kepada 5,
Berulang kali mengadap ENGKAU,
Sehingga SI DIA rasa tidak sanggup lagi,
Kerana malu dengan permintaan acap kali.
Di dalam mencari hakikat ini,
Kadangkala rebah di jalanan,
Bangkit bangun mencuba kembali,
Namun kekuatan yg ada tidak mampu bertahan,
Kerana kadangkala ia lemah tidak bermaya,
Kerana KECINTAAN kepada SANG KEKASIH,
Pengorbanan apa sahaja sanggup dilakukan.
Di benak selalu memikirkan,
Bagaimana putaran dunia ini berputar,
Bagaimana SI PEMILIK alam buana mentadbir indah,
Pernah terfikir,
Bilakah KERAJAAN AGUNG ini bermula?
Kerajaan yang penuh keagungan,
Penuh kebesaran,
KERAJAAN YANG MAHA ADIL.
ENGKAU YANG MAHA PENGASIH,
Tidak membiarkan SEMUA tanpa panduan,
ENGKAU utuskan SI DIA,
UTUSAN member jalan,
Jalan bagaimana untuk kembali,
Setelah kita bermula.
TIADA ADA TIADA ADA,
Jalan yg penuh berliku,
Setiap langkah ada lopak dan lubang,
Hati-hati kerana dunia penuh ujian,
Tiada siapa akan terlepas KECUALI,
Bantuan CAHAYA-NYA,
Kerana dunia ini gelap gelita,
Bukit yang indah kehijauan,
Keindahan dari jauh kelihatan,
Andaikata terjun ke dalamnya,
Segalanya ada.
KITA telah memulakan langkah,
Dan kita akan tiba di penghujungnya,
Tanpa ENGKAU utuskan SI DIA,
KITA semua akan terkandas dalam kegelapan ,
Selamanya.
BERJALAN BERKELAN MOGA KETEMU JALAN PULANG
By : Cucu Tok Jambul












No comments:
Post a Comment