.:: Adab Minum Air Dan Penemuan Sains ::.

Adab Minum yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
(Al-fatihah)
"assalammualaikum wrmth hwrkth.....
Maaf,Sekadar renungan dan panduan bersama:
Disini kita renungi beberapa rujukan yang menerangkan
antara adab yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w
kepada umatnya ketika minum air:
1. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi
minum seteguk lepas seteguk.(HR At-Tirmidzi).
2. Jangan bernafas di dalam bekas air,bahkan jauhkan
bekas air dari mulutnya dan bernafas.(HR At-Tirmidzi).
3. Jangan hembus di dalam air,lihat ke dalam air
sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke
dalamnya,keluarkan ia.(HR At-Tirmidzi).
Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w
ketika minum,apa yang jelas di sini adalah saranan
supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum.
Daripada hasil penemuan sains,apabila kita bernafas
dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika
minum,maka kita mengeluarkan C02 (Carbon Dioxide) yang
mana apabila bercampur dengan air (H20) ia akan
menjadi H2C03 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan
minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak
sesuai untuk kesihatan.
Begitu juga anjuran supaya tidak meniup
minuman,sebabnya adalah sama seperti diatas.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah contoh dan ikutan
yang terbaik.Janganlah kita mempertikaikan sebarang
sunnah anjuran Rasulullah s.a.w dengan cara apa
sekalipun.Hidupkanlah sunnah Rasulullah s.a.w.Dan
sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala
makhluk-Nya.
Bahan rujukan:
a. Keajaiban Al-Quran,Harun Yahya.
b. Majalah Percikan Iman,Edisi 4 Tahun II
c. Menyelami alam ciptaan Tuhan,Mohd Zamir Bahall.
d. Disusun oleh: Nazri Bin Zakaria. (Bachelor Of
Science,UPM).
maaf,sekadar renungan untuk kesihatan...."
----
Sumbangan emel seorang teman











No comments:
Post a Comment