Pages

Sunday, May 31, 2009

.:: Bagi Yang Kahwin Masa Belajar Khususnya ::.



Kahwin muda bukan alasan

SHAH ALAM: Perkahwinan pada usia muda tidak menghalang Faezah Mat Jaini, 23, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan sehingga diumumkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-70, di sini, semalam.

Pelajar jurusan Diploma Bangunan itu berkata, dia berkahwin dengan suami, Abdullahil Saphrine Asli, 24, pada 10 April 2006 ketika belajar dalam semester dua di UiTM cawangan Samarahan, Sarawak.

“Setahun selepas berkahwin saya dikurniakan seorang cahaya mata, Fatith Aznul (kini berusia setahun lapan bulan) dan saya terpaksa membahagikan masa untuk anak, suami dan belajar.

“Penat memang penat, malah saya juga menyuarakan hasrat kepada suami untuk berhenti, tetapi dia memberi semangat dan dorongan kepada saya supaya banyak bersabar,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang memperoleh pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.58 berkata, kata-kata semangat dan dorongan suami menyebabkan dia cuba ‘balas dendam’ dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya ingin buktikan kepada orang ramai saya juga boleh berjaya dengan cemerlang walaupun berkahwin pada usia muda,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Faezah yang berasal dari Labuan, Sabah berkata, beliau bercadang menyambung ijazah pertama sama ada di Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau UiTM cawangan Sabah atau Sarawak.

Sementara itu, Mohd Zainuddin Md Noor, 36, pelajar terbaik Sarjana Muda Senibina Dengan Kepujian, berkata kejayaannya mungkin disebabkan doa ibu kerana setiap kali peperiksaan dia menghubungi ibu dan ayah di kampung dan minta mereka bacakan yasin untuknya.

“Mungkin berkat amalan itu saya mencapai keputusan cemerlang setiap semester,” katanya yang memperoleh pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.74.

Menurutnya, selain ibu dan bapa sebagai pendorong, isteri, Noor Asma Razali, 36, serta tiga anaknya, Mohd Haziq, 11, Mohd Hazim, 9, dan Mohd Wafiq, 6 adalah sumber inspirasi untuknya belajar sehingga berjaya memperoleh ijazah kelas pertama.

Link asal :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090531094816/Article/index_html

-------------

1-Tiada yg mustahil jika semuanya dilaksanakan dengan usaha yg bersungguh-sungguh dan tidak terlepas daripada tawakal kepada Yang Maha Esa.

2-Kesusahan,kepenatan,keperitan ketika belajar akan dapat dinikmati dan dirasai apabila kita berjaya mencapai kejayaan yg cemerlang hasil titik peluh dan usaha sendiri.

3-Dalam menuntut ilmu juga,antara yg jarang ditekankan tentang bagaimana hendak dapatkan keberkatan sesuatu ilmu yg dipelajari.

4-Jarang juga ditekankan di kebanyakan institusi pengajian dalam negara kita baik peringkat rendah,menengah dan juga peringkat universiti iaitu tentang bagaimana adab seorang guru,murid dan juga dgn ilmu.

No comments: