Pages

Saturday, September 06, 2008

Mabruk Buat MB Terengganu



Membangun Bersama Islam

Syabas dan mabruk khusus buat MB Terengganu kerana ada juga serba sikit mengambil apa yg baik dari sistem pentadbiran yg baik dari zaman pemerintahan Pas dahulu.Walaupun kenaikanmu adalah penuh cabaran dan liku,namun kau tetap terus maju ke depan wahai MB ku.Harap akan banyak lagi sistem2 yg bercirikan Islam dapat dilaksanakan.

Petikan dari akhbar Harakahdaily :

Bermula hari ini (1 Ramadhan), kakitangan awam di Terengganu sekali lagi dapat menikmati keistimewaan apabila dibenarkan pulang kerja lebih awal berbanding hari biasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Datuk Mokhtar Nong dalam satu kenyataan disiarkan media mengumumkan bahawa kerajaan negeri masih menggunapakai pekeliling mengenainya yang dikeluarkan pihaknya tahun lalu.

"Kita bagi rehat untuk menunaikan solat atau perkara lain dalam masa setengah jam dan waktu pulang diawalkan 30 minit," ujarnya. Menurutnya, jadual anjal itu berkuatkuasa mulai 1 Ramadhan (hari ini).

Untuk lanjut sila baca artikel asal :

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016776&Itemid=90

No comments: