Pages

Saturday, May 17, 2008

Hati Runsing Apa Yang Perlu Kita Buat?





Kelebihan membaca al-quran


Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman :

Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82)


Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.

Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.

Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain.

Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisah

Maka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

2 comments:

mujahidah sufi said...

Assalamualaikum.
mabruk atas peningkatan.ana tertarik dgn tajuk ini.
pertanyaan:bagaimana pula kita hendak menjaga ayat Al-Quran sentiasa dihati?setelah bergelar tahfiz sprti adik sy,mudah lupa.Saya juga mahukan jalan atau petua yg terbaik bg nur cahaya al-Quran sentiasa dihati selain dari kita sentiasa membacanya hari2.Saya tahu sedikit ttg penyelesaiannya tapi mahu mendengar ulasan dr pihak cucu.
Syukran jazilan

Cucu Tok Jambul said...

Waalaikumussalam.afwan.Al-Quran itu nur tidak akan bersama dengan kekotoran maksiat.Itu adalah asas.Dari segi pemakanan juga kena jaga.Amalkan makan kismis.Dan ada lagi cara2 lain.Ana sendiri bukan yg terbaik utk jg al-quran.Byk kekurangan.Semoga kita dapat jaga sebaik mgkn.