.::Apabila Sahabat Kita Sakit::.
Gambar dari kanan:Mohd Fadzlah Abd Rashid.
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْحَارِثِ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ بِالْمَعْرُوفِ يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِذَا لَقِيَهُ وَيُجِيبُهُ إِذَا دَعَاهُ وَيُشَمِّتُهُ إِذَا عَطَسَ وَيَعُودُهُ إِذَا مَرِضَ وَيَتْبَعُ جَنَازَتَهُ إِذَا مَاتَ وَيُحِبُّ لَهُ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksud dari hadis di atas secara kasarnya dan perhatian yg ingin saya ketengahkan ialah tentang apabila salah seorang sahabat kita sedang sakit,apakah tindakan kita sebagai seorang kawan,teman lebih2 lagi seorang sahabat perlu lakukan.Dari hadis ini dapatlah kita ambil beberapa manfaat dan iktibar iaitu hendaklah kita menziarahi sahabat kita yg sakit itu.Ini adalah merupakan sunnah dan tunjuk ajar daripada Baginda Rasulullah S.A.W.
Di antara adab-adab semasa ziarah saya tidaklah bercadang utk nyatakan di sini,mungkin di lain waktu.Namun,kembali kepada topik yg ingin saya kongsi bersama,bagaimana jika sahabat kita itu berada jauh daripada kita dalam masa yg sama dia berada dalam kesakitan.Jika anda apakah yang akan anda lakukan?
Itulah situasi saya,dan juga beberapa org sahabat yg lain,kerana pada masa kini salah seorang teman seperjuangan suatu ketika dalam kepemimpinan dahulu sedang di uji oleh Allah dgn ujian ini.Mohd Fadzlah Abd Rashid,itulah nama yg mungkin tidak asing di bumi Mesir suatu ketika.
Sama-samalah kita mendoakan agar Allah permudahkan segala urusannya dunia dan juga akhirat serta dikurniakan kesihatan yg afiat agar dapat sambung kembali perjuangan Islam.
 

 
 
 














 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



No comments:
Post a Comment