Pesanan Rasulullah SAW kpd wanita
Pesanan Rasulullah SAW kpd wanita
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya,
“Kebanyakkan
wanita itu adalah isi neraka dan kayu api”.
Saidatina Aisyah bertanya, mengapa wahai
Rasullullah?
Jawab Rasulullah SAW:
1. Kerana kebanyakkan perempuan itu
tidak sabar dlm
menghadapi kesusahan, kesakitan dan
cubaan seperti
kesakitan melahirkan anak, mendidik
anak-anak dan
melayan suami dan melakukan kerja rumah.
2. Tiada memuji ataupun berterima kasih
(bersyukur) di
atas kemurahan Allah yg didatangkan
melalui suaminya
(jarang org perempuan yg mahu
mengucapkan terima kasih
di atas pemberian suaminya)
3. Sering mengkufur (engkar) terhadap
nikmat Allah,
contohnya apabila berlaku suatu
pertengkaran ada
isteri yg berkata “Sudah 10 thn
berkahwin dgn awak tak
ada apa-apa pun”.
4. Gemar bercakap perkara yg sia-sia yg
berdosa,
contohnya memperkecil-kecilkan suami dan
mengumpat.
Tidak diterima sembahyangnya sehingga ia
kembali ia
menghulurkan tangannya kpd suami
(meminta ampun dan
maaf)
5. Hadis Nabi SAW “Dunia ini adalah
perhiasan, dan
sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita
ataupun isteri
yg solehah”
6. Sabda Rasulullah SAW “mana-mana
perempuan yg
memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum
lelaki ajnabi agar mereka tercium bau
harumnya, maka
dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap
mata yg memandangnya itu adalah zina.
7. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di
rumah, tidak
keluar rumah kecuali atas urusan yg
mustahak. Wanita
yg keluar rumah akan dipersonakan oleh
iblis. Sabda Nabi SAW ” perempuan itu aurat, maka
apabila ia keluar
mendongaklah syaitan memandang akan dia”
8. Haram bagi wanita melihat lelaki
sebagaimana lelaki haram melihat wanita ( yg halal nikah
kecuali dlm urusan menuntut ilmu dan berjual beli ).
Diriwayatkan bhw satu hari, ketika Rasullullah SAW
bersama isterinya, (Ummu Salamah dan Maimunah)
datang sahabatnya yg buta (Ibnu Maktum).
Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dlm.
Bertanya Ummu Salamah “Bukankah org itu tidak dpt
melihat kami Ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab,
“Bukankah kamu dpt melihat?”
9. Rasulullah SAW bersabda “Perempuan yg
melabuhkan pakain dlm keadaan berhias (bukan utk
suami dan
mahramnya) adalah seumpana gelap gelita
pd hari
kiamat, tiada Nur baginya.”
10.Sabda Rasulullah SAW “Dikahwini
wanita kerana empat
perkara, kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana
kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka
carilah yg
kuat beragama, nescaya kamu bertuah.”
11.Hadis nabi SAW “Salah satu tanda
keberkatan wanita
itu ialah perkahwinannya, cepat pula
kehamilannya dan
ringan pula maharnya”.
12.Sabda nabi SAW “Wanita yg taat akan
suaminya, semua
burung-burung di udara, ikan di air,
malaikat di
langit, matahari dan bulan semuanya
beristighfar
baginya selama ia masih taat pada
suaminya dan
diredhaiNya.”
13.Sabda nabi SAW:” wanita yg taat
berkhidmat pada
suaminya akan tertutup tujuh pintu
neraka dan akan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana
pintu yg disukainya, tanpa hisab”
14. Hadis Nabi, “Mana wanita yg bermasam
muka
menyebabkan tersinggung suami, maka
wanita itu
dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka
dan tersenyum
mesra pada suaminya”.
15. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh seorang
isteri
mengerjakan puasa sunat kalau suaminya
ada di rumah
serta dgn tidak seizinnya dan tidak
boleh memasukkan
seorang lelaki ke rumahnya dgn tidak
seizin suaminya.
16.Nabi SAW bersabda “Tidakkan putus
ganjaran dari
Allah kpd seorg isteri yg siang dan malamnya
menggembirakan suaminya”.
17.Dari Muaz, Sabda Nabi SAW “Mana-mana
wanita yg
berdiri atas dua kakinya membakar roti
utk suaminya
hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api maka
diharamkan muka dan tangannya dari
kebakaran api
neraka”.
18.Dan mana-mana wanita yang menunggu
suaminya hingga
pulang lalu disapukan mukanya,
dihamparkan tempat
duduknya atau menyediakan makan-minumnya
atau merenung
ia pada suaminya, atau memegang tangannya,
memperelokkan hidangan padanya,
memelihara anaknya
atau memanfaatkan hartanya pada suaminya
kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan
baginya akan
tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap
kalimah
ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan
setiap renungannya
pada suaminya sebagaimana memerdekakan
seorg hamba.
Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan
Nur hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas
kurniaan
keramat itu. Tidak seorang pun yg sampai
ke martabat
itu kecuali Nabi-nabi.
Thabit Al-Bananiy berkata “seorang
wanita dari Bani
Israel yg buta sebelah matanya sgt baik
khidmatnya kpd
suaminya. Apabila ia menghidangkan
makanan di hadapan
suaminya, dipegangnya pelita hingga
suaminya selesai.
Pada suatu malam, pelitanya kehabisan
sumbu maka
diambil rambutnya dijadikan sumbu
pelita. Pada
esoknya, matanya yg buta telah celik.
Allah kurniakan
keramat (kemuliaan) pada perempuan itu
kerana
kemuliaan dan penghormatannya pada suaminya.
19.Dari Ibnu Mas’ud, katanya nabi SAW
bersabda:
“Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya
dlm urusan
agama maka Allah akan memasukkannya ke
dlm syurga
lebih dahulu dari suaminya (500 thn)
kerana dia
memuliakan suaminya di dunia maka
mendapat pakaian dan
bau-bauan syurga utk turun ke mahligai
suaminya dan
menghadap Allah swt.
20.Nabi Saw bersabda: ” Mana-mana wanita
yg berkata
kpd suaminya ‘Tidak pernah aku dapat
dari engkau satu
kebajikan pun ‘, maka Allah akan
hapuskan amalannya
selama 70 tahun walaupun ia berpuasa
siang hari dan
beribadah pada malam hari.
21.Sabda Nabi SAW “Sebaik-baik wanita
(isteri) yg
apabila engkau memandang kepadanya, ia
menggirangkan
engkau, jika engkau memerintah
diturutnya perintah
engkau (taat) dan jika engkau berpergian
dijaga harta
engkau dan dirinya”.
22. Sabda Nabi SAW “Perempuan tidak
berhak keluar dari
rumahnya melainkan jika dia terpaksa
(krn sesuatu
urusan yg mustahak) dan ia juga tidak
berhak melalui
jalan lalu-lalang melainkan ditepinya”.
23. Apabila memanggil lelaki akan
isterinya ke tempat
tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah
suaminya, akan
tidurlah wanita itu dlm laknat malaikat
hingga ke
pagi.
24. Sabda Nabi SAW ” Wanita yg
mempergunakan lidahnya
utk menyakiti hati suaminya ia akan
mendapat laknat
dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan
laknat manusia sekalian
25. Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW
” Wanita yg
tinggal di rumah bersama anak-anaknya
akan tinggal
bersama-sama aku dlm syurga.”
26. Dlm Kitab Muhimah “Hendaklah isteri
mendahului
suaminya atas hak dirinya dari seluruh kaum
kerabatnya”.
27. Rasulullah SAW bersabda “syurga itu
di bawah
telapak kaki ibu”.
28. Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang itu
mengandungkan janin dlm rahimnya, maka
beristighfarlah
akan malaikat untuknya. Allah
mencatitkan baginya
setiap hari seribu kebaikan dan
menghapus baginya
seribu kejahatan “.
29. Sabda Nabi SAW ” Apabila seorg
wanita sakit utk
bersalin maka Allah mencatat baginya
pahala org yg
berjihad pada jalan Allah ”
30. Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah!
Mana-mana wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotong
misai dan mengerat kuku suaminya, Allah
akan berikan
dia minum dari sungai-sungai dlm syurga
serta
diringankan Allah baginya sakaratul maut
dan akan
didapati kuburnya menjadi sebuah taman
daripada
taman-taman syurga dan dicatatkan
baginya kelepasan
dari api neraka dan selamat ia melintas
titian sirat
“.
31. Dari Ali bin Abi Talib, Aku dengar
Rasululullah
SAW bersabda, Tiga golongan umatku akan
mengisi neraka
Jahanam selama 7 kali umur dunia mereka
iaitu:
a. Orang yg gemuk tetapi kurus
b. Orang yg berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yg alim tetapi jahil
Adapun yg gemuk ttp kurus itu ialah
wanita yg gemuk
(sihat) tubuh badannya tetapi kurang
amal ibadatnya.
Adapun org yg berpakaian ttp telanjang
itu ialah
wanita yg cukup pakaiannya ttp tidak
taat agama.
Dan adapun orang yg alim ttp jahil itu
ialah ulama
yang menghalalkan yang haram kerana
kepentingan
peribadi.
32. Sabda Nabi SAW ” Telah aku saksikan
kebanyakkan
ahli neraka adalah wanita” Ditanya,
“Mengapakah
demikian Ya Rasululullah?”
Dijawab baginda SAW ” Wanita
mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ehsannya. Jikalau engkau
berbuat baik
kpdnya seberapa banyak pun dia masih
belum rasa
berpuas hati dan cukup “.
33.Sabda Nabi SAW ” Kebanyakkan ahli
neraka adalah
terdiri dari kaum wanita” maka
menangislah mereka dan
bertanya salah seorg dpd mereka “mengapa
terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina
atau membunuh
anak atau kafir?” Jawab nabi, “Tidak,
mereka ini ialah
mereka yg tidak bersyukur akan nikmat
suaminya,
sesungguhnya tiap-tiap seorg kamu adalah
nikmat
suaminya”.
34. Sabda Nabi SAW ” Keadaan wanita
sepuluh kali ganda
seorg lelaki didlm neraka dan dua kali
ganda seorg
lelaki di dlm syurga”
35. Sabda Nabi SAW “Wahai Fatimah, utk
setiap wanita
yg mengeluarkan peluh ketika membuat
roti, Allah akan
membina tujuh parit di antara dirinya
dgn api neraka,
di antara parit-parit itu ialah sejauh
langit dan
bumi”.
36. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita
yang memintal
benang-benang Allah akan mencatatkan
utknya perbuatan
baik sebanyak utas benang yg dibuat dan
memadamkan
seratus perbuatan jahat”.
37. “Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg menganyam
akan benang yg dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas utknya
di atas takhta di hari akhirat.”
38. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg
memintal benang dan kemudian dibuat pakaian utk
anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti org yg memberi makan kpd seribu
org lapar dan memberi pakaian kpd seribu org yg tidak berpakaian.
39. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg
meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci
pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya
itu, Allah akan mencatatkan utknya pekerjaan baik
sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak
itu pula pekerjaan yg jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata org-org yg memerhati.
InsyaAllah, semoga dpt amal dan sampaikan.
Semoga kita termasuk dlm golongan ahli syurga Amin.
Sumbangan daripada sahabat











1 comment:
Bismillah walhamdulillah
Artikel ni bagus sekali.Mengumpulkan dari hadis-hadis Rasulullah tentang kaum wanita dan khususnya buat para isteri.Sebagai nasihat dan padoman yang bermanfaat
Post a Comment