Pages

Monday, February 04, 2008

Akhirat Negeri Kekal Abadi

Kehidupan di dunia ini amatlah singkat,modal umur dan waktu yang telah ALlah kurniakan ini hendaklah kita gunakan sebaik mungkin sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke 'negeri' kita yang asal.Namun dalam usaha untuk menyiapkan segala bekalan tersebut bukan suatu perkara yang mudah sebagaimana kita melafazkannya.Perlu ada mujahadah yang tinggi,usaha yang gigih.Ini adalah kerana kita akan berhadapan dengan 7 musuh tradisi sejak zaman berzaman lagi.Siapakah musuh-musuh tersebut:

1-Iblis
2-Syaitan
3-Nafsu
4-Fikir Sendiri
5-Jin
6-Dunia
7-Makhluk

Makhluk akan sentiasa menentang,tidak suka orang buat baik.Dunia pula ajakan dan godaan.Jin menguasai diri dan fikiran.Fikir sendiri sentiasa rasa diri betul.Nafsu mudah terjebak bila ada kepentingan diri,sanggup berkompromi dan gadai diri.Syaitan sediakan tempat utk berbuat dosa.Iblis menggunakan 6 kelemahan tadi utk pesong jauhkan diri daripada Allah s.w.t

Kehidupan penuh dengan ujian dan cabaran.Tidak ada seseorang pun yang tidak akan di uji.Lebih-lebih lagi yang mengaku beriman.Dengan ujianlah baru kita tahu di mana kedudukan kita sebenarnya.Bersabarlah wahai temanku,tempuhilah hidup ini dengan sebaiknya.Semoga kita semua 'pulang dengan selamat'.

No comments: