Pages

Friday, September 07, 2007

Tarikh Imtihan Tahdid Mustawa

Tarikh Imtihan Tahdid Mustawa Bagi Para Pelajar Mu`adalah Memeranjatkan.

Khamis, 06 September 2007

Khamis, 6 Ogos 2007.

Satu perjumpaan telah diadakan oleh Ketua Lajnah Pendidikan PMRAM, saudara Mohd Firdaus Bin Madzlan bersama Naib Presiden 2 PMRAM, saudara Mohd Nazim Mohd Noor bersama pihak Al Azhar di Maktab Tansiq, Kuliyah Tibb Banin bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan peperiksaan tahdid mustawa (peperiksaan khusus yang dilaksanakan oleh universiti Al-Azhar bagi meneliti tahap kemampuan para mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Al-Azhar untuk terus ke tahun tiga atau empat) yang bakal dihadapi oleh seluruh pelajar mu`adalah khususnya pelajar Malaysia.

Dalam perjumpaan tersebut, beberapa makluman terbaru yang telah diterima daripada pihak universiti Al-Azhar amat membimbangkan pihak PMRAM terutamanya apabila peperiksaan tahdid mustawa yang telah dimaklumkan kepada para mahasiswa baru sebelum ini bahawa tarikh peperiksaan adalah pada 20.9.2007 akan diawalkan ke tarikh 18.9.2007.

Sehubungan itu, pihak PMRAM amat mengharapkan pihak-pihak terbabit untuk bekerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar muadalah yang bakal menduduki peperiksaan tahdid mustawa pada 18 September ini dapat tiba di Mesir sebelum tarikh peperiksaan yang telah ditetapkan. Pihak PMRAM terpaksa akur apabila pihak universiti Al-Azhar memaklumkan bahawa mana-mana pelajar yang tidak hadir untuk menduduki imtihan pada 18 September ini, mereka akan dikira gagal tanpa ada peperiksaan ulangan kali kedua bagi mereka.

Ini akan mengakibatkan para mahasiswa yang telah mengambil tahun satu dan tahun dua di Malaysia tidak akan dapat menyambung terus ke tahun tiga di universiti Al-Azhar sebaliknya mereka perlu turun ke tahun dua sekali lagi. Begitu juga para mahasiswa yang telah mengambil tahun satu, tahun dua dan tahun tiga di Malaysia, mereka tidak akan dapat untuk melanjutkan pelajaran ke tahun empat di universiti Al-Azhar sebaliknya mereka perlu untuk menduduki sekali lagi tahun tiga di Al-Azhar.

Ini adalah kerana apabila mereka tidak mengambil peperiksaan tahdid mustawa, mereka akan dikira gagal lantas tidak layak untuk terus ke tahun yang sepatutnya.

Pihak PMRAM sangat berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat menyegerakan kedatangan para mahasiswa mu`adalah yang masih berada di Malaysia. Ini bagi memastikan para mahasiswa yang terbabit dapat bersedia lebih awal dan dapat menduduki peperiksaan penting ini.

Layari laman web pmram:www.pmram.org.

No comments: