Pages

Thursday, June 17, 2010

.:: Perjuangan Islam Merupakan Satu Kewajipan - Siri Akhir ::.

Sambungan daripada silsilah point2 ucapan Mursyidul Am Pas pada Muktamar yg lepas bagi siri akhir utk entri tajuk ini.

1-WAJAHKAN SEMULA ISLAM YG SEBENAR



Sudah sampai masanya untuk kita lebih serius mewajahkan semula Islam yang telah disolek dengan buruk oleh UMNO. Masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa Islam bukan
milik bangsa Melayu. Bahkan sejarah menyebut kaum Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam sebelum bangsa Melayu sendiri di benua masing-masing sebelum bangsa Melayu sendiri
menerima Islam kira-kira 500 ratus tahun dahulu.

2-JIKA HANTU ITU WUJUD MAKAN UMNO-LAH HANTUNYA



PAS sebelum ini dijadikan sebagai hantu oleh UMNO untuk menakutkan Nonmuslim. Hantu itu sudah tidak wujud lagi, bahkan jika ia wujud juga, maka UMNO-lah hantunya. Tinggalkanlah UMNO dengan labu-labu kebangsaannya. PAS perlu terus melihat ke hadapan mengorak
langkah memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lurus.Saya optimis, jika masyarakat Nonmuslim berjaya memahami Islam yang sebenar, InsyaAllah pisau-pisau perkauman yang
sekarang galak diasah oleh Barisan Nasional akan tumpul dengan sendiri dan akan memakan tuannya.

3-MENJADIKAN PAS SEBAGAI PENERAJU POLITIK NEGARA



Bertolak daripada gagasan menghadapi pilihanraya umum ke-13,ke arah menjadikan PAS sebagai peneraju politik negara, maka PAS hendaklah menguasai politik Melayu Muslim dan sekaligus mendapat kepercayaan pengundi bukan Melayu- Non Muslim. Melihat kepada sambutan rakyat sejak pilihan raya umum 2008 dan sebelas (11) pilihan raya kecil, dapat dikatakan bahawa telah berlaku tsunami politik kalangan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina. Terbaru, atas nama Pakatan Rakyat kita berjaya merampas parlimen Sibu dari Barisan Nasional. Ia adalah bukti peningkatan keyakinan rakyat terhadap pendekatan politik baru Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional.

4-FATHU MAKKAH = SEPAKAT KE PUTRAJAYA





Justeru, kita yakin mood rakyat sekarang adalah bersama Pakatan Rakyat. Rakyat sudah jemu dengan pendekatan politik kebendaan ‘beli undi’ dan sekular Barisan Nasional. Atas prinsip politik Pakatan Rakyat yang mula diterima ini, maka PAS hendaklah bersama dengan mood rakyat. Dengan ini, suka saya mencadangkan agar kesemua peringkat parti, khusus Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang bermuktamar kali ini dapat membincang dan merumuskan pendekatan politik-dakwah secara khusus atas cita-cita mengisi tema ‘Sepakat Putrajaya’ persis Fathu Makkah pada zaman Rasulullah SAW. Ia bermaksud, suatu laluan Putrajaya sudah dirintis, terbuka dan rakyat sedia mengiringinya. Maka, pemimpin pasti sedar, dan tunggu apa lagi?

5-KEDUDUKAN ULAMAK DALAM UMNO DAN BINALAH PELAPIS



Berbezanya kita dengan UMNO ialah kita meletakkan ulama sebagai institusi yang dihormati, UMNO pula meletakkan ulama sebagai alat meraih sokongan. Selain itu, saya mencadangkan
agar Dewan Ulama gigih berusaha membenttuk pelapis yang terdiri daripada ulama muda. Latihlah generasi pelapis yang boleh memandu perjalanan parti dengan ilmu yang mereka ada.
Lihatlah contoh terbaik yaang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang mengamanahkan kepada Usamah bin Zaid sebagai panglima pada saat-saat akhir usia baginda.

6-HIDUP TIDAK HANYA DI DUNIA SAHAJA MASIH ADA AKHIRAT





Selain itu, sebarkanlah keyakinan kepada masyarakat bahawa hidup ini tidak hanya tamat setakat di dunia sahaja, tetapi akan dinilai semua amalan di akhirat kelak. Jika masyarakat
dapat diyakinkan dengan aqidah ini, saya yakin peruangan PAS secara automatik akan diterima kerana inilah tujuan sebenarnya PAS bergerak.

7-PELAJARI BAHASA MAD'U

Di samping itu, para ulama boleh mempelopori langkah mempelajari bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia. Jika ulama dapat menguasai bahasa Mandarin dan bahasa Tamil
contohnya, tentunya perjuangan PAS lebih mudah ditrima oleh rakyat Malaysia.

8-BEKALKANLAH WALA' DAN THIQAH

Kepada Dewan Pemuda, saya berpesan supaya sentiasalah menjadi pendokong kepada parti. Pemuda merupakan tonggak kekuatan gerak kerja parti. Bekalkanlah diri dengan wala’ dan thiqah kepada pimpinan dan luahkanlah teguran dengan cara yang baik dengan meraikan adab berjemaah. Sesungguhnya saya telah melalui perjalanan yang panjang lebih separuh abad di dalam PAS, saya benar-benar mmenyaksikan bagaimana rakan-rakan kita yang asalnya bersama dengan kita memilih untuk meninggalkan PAS hanya kerana terkilan dengan isu-isu peribadi yang tertentu. Oleh yang demikian, saya berharap pemuda hendaklah sentiasa memasak keyakinan bahawa perjuangan ini pasti akan diganjari oleh Allah SWT.

9-BANTU MEMBANTU

Kepada Dewan Muslimat, saya harap supaya terus istiqamah di dalam menjadi sayap penting parti. Firman Allah:

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. (At-taubah: 71)

Kerana itu, di samping lelaki (yakni Pemuda dan Ulama) peranan Muslimat akan mengukuhkan lagi jemaah. Maka pimpinan Muslimat perlu merancang langkah efektif untuk mendekati dan
menguasai golongan pengundi wanita yang merupakan separuh daripada jumlah pengundi. Muslimat juga perlu lebih ke hadapan menampilkan sifat kepimpinan yang boleh dihormati.
Mungkin tidak berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki, tetapi tetap berdiri teguh dalam menongkat perjuangan, menabur baja iman dan menyiram air taqwa. Jadikanlah tokoh-
tokoh juang muslimah yang melakar sejarah terdahulu (seperti Siti Aisyah isteri Nabi dan Zainab al-Ghazali muslimat Ikhwan Muslimun) sebagai idola dan ikutan di dalam menongkah arus
perjuangan.

10-ISTIQAMAH DAN IKHLAS

Saya berdoa agar kita semua dapat mengambil manfaat daripada apa yang telah saya sampaikan. Besarlah harapan saya, ia tetap memerlukan kepada tuntutan istiqamah kepimpinan dan ahli di dalam melayari bahtera perjuangan ini. Realitinya, kita telah menanam benihnya yang akan dinikmati hasilnya oleh generasi yang terkemudian.

Paling penting, ikhlaskanlah usaha kita kerana Allah. Atas keikhlasan itu, semoga amalan kita dihitung sebagai amal soleh yang bakal mendapat balasan syurga. Firman Allah:

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau
dikurangkan balasannya) sedikitpun. (An-Nisak: 124)

-------

*Alhamdulillah selesai sudah beberapa isi apa yg telah disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Mursyidul Am Pas pada Muktamar ke-56 baru ini.Kelak menyusul entri2 lain pula i'allah.Moga yg tidak seberapa ini menjadi pemberat mizan hasanah di akhirat kelak.

No comments: