Pages

Friday, June 25, 2010

.:: Dimanakah Golongan Itu? ::.


Sekadar coretan ringkas utk hari ini.Teringat pada kata2 As-Syahid Hassan AL-Banna di dalam bukunya 'HIMPUNAN RISALAH',beliau ada menyatakan bahawa ramai golongan yg suka bercakap banyak tetapi apabila diminta utk buat kerja tidak ramai.Beliau amat mendambakan suatu golongan yg tidak suka cakap banyak akan tetapi kerja jalan.Itulah secara ringkas daripada apa yg telah beliau nyatakan di dalam buku tersebut.

Teman2 yg dihormati sekalian,

Setiap manusia Allah taala telah kurniakan kelebihan yg tersendiri pada setiap pimpinan malah manusia biasa sekalipun.Hatta dikalangan para nabi dan juga rasul ada kelebihan yg tersendiri telah Allah s.w.t kurniakan.Nabi Allah Musa A.S ada kelebihan tersendiri,Nabi Allah Isa A.S ada kelebihan tersendiri.Mukjizat dan kelebihan yg berbeza namun matlamat yang sama iaitu 'MENTAUHIDKAN ALLAH S.W.T'

Hari ini,zaman dunia di penghujung umur menuju kiamat.Kita semua telah saksikan ada dikalangan pimpinan dunia,parti dan berbagai bentuk dan jenis kepemimpinan yg mempunyai kelebihan yg berbeza.Ada dikalangan mereka yg petah bercakap,akan tetapi kurang pada penulisan dan pelaksanaa.Ada yg idea hebat,canggih bak sesetengah org kata namun apabila diminta utk laksanakan hatta diminta buat kertas kerja tidak dapat.Ada yg tidak berapa pandai bercakap depan khalayak ramai,namun dari sudut buat tindakan gerak kerja mantap.Ada bermacam2 jenis yg dapat kita saksikan.Namuan bagaimana kita ingin mengutip manfaat daripada semua itu?

Dalam masalah atau pun isu ini,sikap berlapang dada juga diperlukan.Kita perlu akui setiap org ada kelebihan dan kekurangan.Namun,individu tersebut seharusnya berusaha utk meningkatkan kualiti dalam bekerja dan meningkatkan prestasi diri jika sudah mengetahui kekurangan diri dan sedia berkongsi dengan teman2 yg lain atas kelebihan yg ada.

Kadangakala berlaku penyelewengan dalam melaksanakan gerak kerja ISLAM.Pada peringkat awal keikhlasan ada bersama namun kadangakala dipertengahan jalan ada yg sudah menyeleweng daripada niat hanya kerana Allah.Sikap dan sifat ingin manusia sekeliling lihat DIALAH YANG PALING HEBAT.Moga2 Allah taala berikan petunjuk dan keampunan-Nya kepada kita dalam melaksanakan gerak kerja amal ISLAMI ini.

Cukup mudah utk melafazkan IKHLAS,namun kadangakala kecundang didalam perjalanan melaksanakan gerak kerja ISLAM ini.Ya Allah,ampunilah kami,tunjikalah kami jalan yg ENGKAU redha.

Selamat berkhidmat utk ISLAM buat teman2 yg telah selesai imtihan dan bakal memulakan kembali amanah dalam segenap dan setiap posisi kalian.Moga2 Allah taala rahmati kita.

Cucu Tok Jambul

No comments: