Pages

Friday, May 21, 2010

.:: UMNO Menghalalkan Judi - Mana Ulamak2 UMNO ? ::.



"Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan,"

Dulu pemuda Umno bukan main bingkas bangun kononnya Islam akan tercabar kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi sunyi apabila isu itu meletup selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan perjudian bola di Malaysia menjelang Piala Dunia pada Jun nanti.

Judi sama ada berlesen atau tidak tetap haram di sisi Islam yang meningkatkan jenayah setelah berlaku pergaduhan antara kaki judi yang berhutang sama ada dengan ah long atau sebagainya.

"Jenayah pasti meningkat bila perjudian dibenarkan. Adakah tidak memadai dengan kebenaran lesen-lesen perjudian yang lain seperti penjualan Sport Toto, Dama Chai dan seumpamanya di seluruh negara,"

--------------------
Apabila haram dihalalkan.Yang halal diharamkan.Mana mufti,mana ulamak dalam UMNO?Mana mahasiswa yang belajar agama dalam UMNO?Kemana semuanya?

Sumber Asal




No comments: