Pages

Monday, May 31, 2010

.:: Kita,Masjid Dan Jihad ::.

''Kita,Masjid Dan Jihad''

Suka utk entri kali ini saya berikan tajuk ''Kita,masjid dan jihad''.Setelah membaca perenggan demi perenggan daripada sebuah kitab karangan oleh ulamak terkemuka dunia masa kini Dr Yusuf Al-Qardhawi : Fiqh Aulawiyyat.

Maka bertepatan dengan isu terkini yg sedang berlaku iaitu serangan daripada Israel ke atas rombongan konvoi bantuan kepada umat Islam di Palestin melalui jalan laut suka utk saya cuba menterjemahkan secara umum bukan huruf demi huruf daripada kitab karangan beliau itu tadi utk tatapan,bacaan dan renungan kita bersama utk sama2 dimuhasabahkan kembali.

Apa yg telah dinyatakan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi ialah :

''Sesungguhnya aku telah melihat sebilangan muslimin yg baik pada jiwa2 mereka iaitu mereka yg telah memberi sedekah atau sumbangan utk membina masjid2.Ada yg menyumbangkan setengah juta,sejuta bahkan ada yg lebih.Akan tetapi apabila diminta kepadanya utk menyumbangkan separuh,atau separuh daripada separuh utk penyebaran,pengembangan dakwah kepada Islam,atau kewangan bagi berhadapan dengan puak kuffar yg memerangi,atau utk menguatkan kerja amal Islami di dalam menegakkan syariat dan mendirikan agama,atau sebagainya seperti yg sedemikian daripada hadaf2 atau matlamat2 yg besar atau lebih diutamakan sebagai contoh utk melahirkan 'rijal-rijal'(pejuang2,pendokong agama Islam yg benar)tetapi tiada atau tidak ramai yg ingin menyumbangkan sumbangan kewangan.Maka bagaimana?Ini kerana sesungguhnya mereka beriman utk membina 'batu bata' tetapi tidak beriman utk melahirkan rijal2,insan2 yg akan mendorong dan memperjuangkan agama Islam!!

Allah s.w.t telah berfirman sebagaiman maksudnya :

''Apakah (org2) yg memberi minuman kepada org2 yg mengerjakan haji dan menguruskan Masjidilharam,kamu samakan dgn org2 yg beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad dijalan Allah?Mereka tidak sama sekali sama di sisi Allah,dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yg zalim.''

''Org2 yg beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta benda dan diri mereka,adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah,dan itulah org2 yg mendapat kemenangan.''

''Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya,keridhaan dan syurga,mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yg kekal.''

Surah At-Taubah:19-21

Penulis tidak sama sekali menyatakan bahawa mereka yg mendermakan utk membina masjid itu salah,akan tetapi dari sudut mana yg lebih penting,terpenting dan tersangat2 penting dalam urusan agama.

Mudah2han Allah memberikan kemenangan kepada pejuang dan perjuangan Islam dan mudah2han kita adalah diantara golongan yg akan mati syahid dalam menegakkan kalimah Allah yg mulia di atas muka bumi ini.

Moga Allah kurniakan pertolongan kepada rombongan konvoi dalam menyalurkan bantuan kepada saudara kita di Palestin dan menghancurkan puak2 kuffar yahudi.

Rujukan :

1-Kitab Fiqh Aulawiyyat :Dr Yusuf Al-Qardhawi
2-Al-Quran Dan Terjemahan :Pustaka Antara Malaysia

*Terimah Kasih Kepada Ustaz Naim Hassan Kerana Sudi Meminjamkan Kitab Beliau

No comments: