Pages

Friday, May 21, 2010

.:: Jagalah Kebersihan Persekitaran Anda ::.


"Kebersihan Sebahagian Daripada Iman"

Apabila bicara tentang kebersihan,terbayang negara Jepun sebagaimana yg pernah diceritakan oleh ustaz2 saya dulu sebuah negara yg cukup bersih dan bersistematik penduduk yg berdisiplin.Siapa mereka?Bukan negara Islam.Penduduk pun tidak ramai yg Muslim.

Persoalannya,mengapa mereka boleh menjaga kebersihan kebanyakan kita yang beragaman Islam,belajar tentang kebersihan tetapi masih lagi ada yg pandang rendah?Saya tidak bercadang utk menulis secara detail tentang kebersihan ini pada entri ini,i'allah jika ada peluang di masa akan datang akan cuba kita kongsikan serba sedikit.Sebab Islam tidak hanya menekankan kebersihan zahir sahaja,bahkan batin sekali.

Islam juga menekankan kebersihan dalaman diri kita,bersih dari ujub,sombong,bongkak dan segala macam penyakit dalaman yg sangat2 memerlukan rawatan.

Klip diatas hanya sekadar cetusan,nampak lawak,simple dan biasa.Akan tetapi luar biasa bagi mereka yg melihat,memerhati dan ambil fikir terhadap masalah ini.

Selamat menjaga kebersihan zahir dan batin.

Salam ukhuwwah daripada cucu.

No comments: