Pages

Wednesday, April 14, 2010

Tahniah Dan Takziah Buat Pimpinan PMRAM 2010

Wadah Perjuangan Mahasiswa Di Perlembahan Nil : Pentadbiran PMRAM 2010

Alhamdulillah selesai sudah Muktamar Sanawi PMRAM Kali yang ke-77 dan juga Muktamar Hewi PMRAM kali ke-23.Muktamar Hewi yang telah berlangsung pada 11 April sehari sesudah pilihanraya bagi memilih 9 org calon Badan Pengurus PMRAM yang baru bagi sesi pentadbiran 2010.

Bagi muktamar sanawi PMRAM telah berlangsung sejak dari pagi sehingga ke malam hari.Beberapa agenda yg telah dijalankan.Tahniah kepada pimpinan PMRAM BP & HEWI PMRAM 2009 kerana telah sanggup bertahan dalam melaksanakan amanah dan tugasan yg telah diberikan.Semoga segala pengorbanan kalian semua mendapat ganjaran yg setimpal daripada pemilik kerajaan langit dan juga kerajaan bumi Allah s.w.t.

Kerajaan PMRAM di zaman pimpinan Al- Fadhil Tuan Presiden Abd Muizz Mohamad telah berlalu di samping beberapa perubahan yg cukup baik.Mudah2han apa yg baik ini akan dapat diteruskan di zaman pimpinan kerajaan PMRAM yg baru di bawah PRESIDEN US SHAHRIZAN HAZIME beserta tentera2nya yg lain.

Duhai ahli PMRAM yg telah berjanji utk menjadi benteng dan pendokong wadah perjuangan mahasiswa MALAYSIA di bumi MESIR ini,pendokong PMRAM.Mudah2han kita tidak lupa segala janji2 dan persetujuan kita bersama di dalam muktamar yg lepas.

Bantulah PMRAM selagi mana ianya tidak lari dari dasar ISLAM.Di sinilah sedikit sebanyak kita perlu praktikkan segala ilmu yg telah kita pelajari.Di bumi perlembahan NIL ini juga adalah medan perjuangan kita.

Menuntut ilmu adalah perjuangan,berpesatuan juga adalah satu ilmu dan ianya juga adalah perjuangan.

Nikmat ISLAM dan IMAN yg kita perkatakan pada hari ini,dan selalu kita sebut,...''....nikmat ISLAM dan Nnikmat IMAN...'',hakikat kemanisan IMAN dan juga ISLAM tidak sama sekali akan kita rasai nikmatnya selagi mana kita tidak lalui perjalan utk mencapainya.

Semoga kita bertemu di lain lembaran

No comments: