Pages

Monday, April 19, 2010

Jalan Dakwah Antara Keaslian dan Penyelewengan

Dari Kiri :Timb Presiden PMRAM 2010 (Zuhaili Saiman),Presiden PMRAM 2010 (Mohd Shahrizan Hazime),Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2010 (Ahmad Huzaifah Fauzi).Sekadar Hiasan.Selamat Berkhidmat Utk PMRAM Duhai Teman.

Jalan Dakwah Antara Keaslian dan Penyelewengan

Ramai org bercakap tentang ingin memperjuangkan Islam.Ramai org bercakap ingin mendaulatkan Islam.Namun sedarkah kita,kadangkala di dalam usaha gerak kerja kearah tersebut berkemungkinan kita telah tersasar lari dari landasan yg telah ditetapkan oleh Islam.

Al-Marhum Sheikh Mustafa Masyhur telah menegaskan di dalam kitab karangan beliau yg bertajuk "Jalan Dakwah Antara Keaslian dan Penyelewengan " yg mana di dalam bab yg pertama beliau menyatakan di antara bentuk penyelewengan di dalam jalan dakwah adalah PENYELEWENGAN DARI MATLAMAT.

Penyelewengan ini adalah yg PALING BERBAHAYA di dalam meneruskan gerak kerja ISLAM.Yang mana secara mudah,secara asas kita nyatakan bahawa segala gerak kerja utk ISLAM adalah KERANA ALLAH S.W.T.Maka penyelewengannya adalah matlamat gerak kerja tersebut selain daripada menuju kepada ALLAH S.W.T.

Teman-teman seperjuanganku sekalian,

Suka disini utk saya membawa kembali apa yg telah disebut oleh Al-Marhum Sheikh Mustafa Masyhur di dalam kitab ini,beliau menegaskan bahawa,"..Riya takabbur (sombong),meninggi diri,gila pangkat,suka menunjuk-nunjuk,suka mempamerkan kebendaan seperti pangkat,kebesaran,harta atau kuasa dan sebagainya merupakan kepentingan2 keduniaan yg sebenarnya palsu.Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yg boleh memesongkan kita dari matlamat sebenarnya.Ia lebih merbahaya daripada penyakit2 fizikal yg menyerang tubuh badan kerana penyakit2 fizikal hanya menyerang dan merosakkan tubuh badan yg fana’ ini saja setakat masa hidup di dunia ini saja,tetapi sebaliknya penyakit2 di jiwa atau di hati kesannya memanjang kekal berterusan bersama ruh sejak di dunia sampai ke akhirat.Sesungguhnya penyakit2 hati atau penyakit jiwa boleh merosakkan niat dan memalsukan amal.

Semoga,renungan yg ringkas ini dapat memberikan gambaran,di mana tahap gerak kerja kita selama ini.Moga kita diletakkan dikalangan mereka2 yg benar2 ikhlas ingin memperjuangkan agama Allah s.w.t.

No comments: