Semakin Kukuhkah Pertahanan Malaysia???
Alhamdulillah syabas kepada kerajaan MALAYSIA kerana telah berjaya membeli 2 buah kapal selam bagi mengukuhkan lagi pertahanan negara.Satu usaha yg baik.
Kerajaan BN mengiktirafkan MALAYSIA adalah sebuah negara ISLAM.Bagaimanakah tentera2,prajurit2 kita dilatihye?Moga segalanya ikut cara yg sebagaimana RASULULLAH tinggalkan utk kita dlm melatih tentera.SKUAD BERANI MATI KERANA ISLAM.Berjuang kerana ingin menegakkan kalimah Allah atas muka bumi.
Jikalau suatu ketika dahulu di zaman pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi,ketika peperangan berlangsung,beliau masih lagi berpuasa di siang hari manakala di malam hari sebagai abid yg sentiasa merintih kepada TUHANNYA.....di siang hari pula ibarat singa yg begitu hebat.
Bicaranya hanya tentang JIHAD.Ketika kecil ayahnya mendidik dgn didikan agama,bapa saudaranya mendidik beliau dgn didikan yg berkaitan dgn ketenteraan.
Antara kalam-kalam beliau yg pernah di lontarkan ialah :
1-Baginda sering berdoa "Sejak kecil saya dididik dgn ilmu agama.Ayah mengajar saya memahami serta menghafal al-quran.Kemudian bapa saudara mengajar ilmu peperangan sehingga saya mahir bermain senjata dan menunggang kuda.Saya mahu menjadi pahlawan ISLAM.Sampaikanlah cita-cita saya"
2-"Tentera Salib masih lagi bertapak di Syam.Mereka juga masih menguasai Baitul Maqdis.Mereka bertindak kejam kepada umat ISLAM.Kita tidak boleh biarkan perkara ini berterusan.Kita perlu BERSATU mengusir mereka dari tanah Arab dan merampas semula Baitul Maqdis daripada tangan mereka"
3-"Mulai hari ini,kita berjimat cermat.Duit negara tidak wajar dibelanjakan sesuka hati.Hadiah ataupun pembayaran elaun kepada pembesar juga perlu dikurangkan"
4-"Semasa sakit,saya pernah bernazar mahu melaksanakan tiga perkara apabila sembuh.Pertama membunuh BIRNIS supaya dia tidak lagi menggangu jemaah haji dan tidak lagi cuba menyerang MEKAH dan MADINAH.Kedua,saya tidak menyerang negara-negara ISLAM malah berusaha mengajak mereka BERSATU bagi menghalang tentera Salib.Nazar saya yg ketiga adalah MENAWAN BAITUL MAQDIS"
5-"Saya berperang bukan kerana pangkat ataupun mahukan harta dan perempuan cantik,tetapi kerana mencari KEREDHAAN ALLAH,MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGHAPUSKAN KEZALIMAN.Kami juga bertanggungjawab MENYEBARKAN SYARIAT TUHAN di muka bumi ini.
Semoga tentera-tentera kita bersemangat dan berkefahaman sedemikian.Semangat utk membebaskan TANAH SUCI UMAT ISLAM BAITUL MAQDIS hilang ke mana?Ayuh semua teman2,kita BANGKIT BERSATU,leraikanlah sengketa sesama kita.Musuh UTAMA kita adalah tentera SALIB dan kaum kuffar yg menentang dan menzalimi saudara kita di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment