Pages

Tuesday, June 16, 2009

Ustaz Fathi Yakan : Pemergiannya Ditangisi Dunia Gerakan Islam

Allahyarham adalah salah seorang ahli tokoh gerakan Islam sedunia.Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yg telah dicurahkan demi ISLAM.

Pepatah ada mengatakan 'Harimau mati tinggalkan belang manusia mati tinggalkan nama'.(kalu salah tolong betulkan).Begitulah dgn kehidupan beliau yg penuh dgn tugas2 dan kerja dlm perjuangan ISLAM.Nama yg tersebar seluruh dunia gerakan ISLAM.Karangan kitab2 hasil tulisan beliau yg begitu banyak dan begitu bermanfaat.Samada yg sudah diterjemahkan mahupun belum.

Antara kitab hasil tulisan beliau ialah :

1-Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam
2-Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah
3-Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da'wah
4-Fiqh Pelancongan Dalam Islam
5-Masalah Dakwah Dan Pendakwah

Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007

***
Beliau semasa hidupnya telah berjasa utk ISLAM.Perginya menemui Allah juga meninggalkan bekalan utk pejuang ISLAM menyambung kembali perjuangan tersebut.Hidup yg penuh dengan pengorbanan dan perjuangan terhadap dalam gerakan menegakkan kembali KHALIFAH ISLAM di muka bumi ini.

No comments: