.:: Kasih Sayang Kekayaan dan Kejayaan ::.
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga
orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk
dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya,
" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak
semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan
sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya
pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya
kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka
masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga
lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama, " mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah
seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.." Dia menyambung
lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan
suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput
kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara
tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi
rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu
dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan
pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita
ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana
satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu
kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah
menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi
bersamanya..
"Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan
---------------
Sumbangan Emel Seorang Kawan

2 comments:
Di sebalik kekayaan,kejayaan dan kasih sayang..."tiada guna mengejar kekayaan...jika hidup tiada belas kasihan kpd yg miskin dn membantu golongan tidak berdaya,tiada guna mengejar kejayaan...jika diri tiada rasa hormat-menghormati dan menolong yg lemah untuk sama2 berjaya.Konklusinya,setiap kekayaan dan kejayaan berkisar ttg kasih-sayang manusia dan haiwan amnya dalam segenap kehidupan kita dlm mencapai redha Allah S.W.T.
Naam...
Post a Comment