Pages

Thursday, June 18, 2009

.:: Ada Apa Lepas Imtihan ::.

Alhamdulillah hari ini tamat imtihan Shahadah Tahun 3 Takhassus Maahad Qiraat Shoubra dan juga Maahad Qiraat Banat Di Mansurah.Semua masing2 melafazkan rasa lega sebab terasa ringan sedikit bebanan tekanan di musim peperiksaan ini.Sudah pasti akan ada yg akan bergembira dengan habisnya imtihan ini,kerana sudah merasakan tidak lagi perlu buka kitab2 maahad utk belajar.Hanya fikir tunggu natijah keluar sahaja,samada lulus atau tidak.Jika tidak akan bersedialah utk masuk ke pusingan seterusnya pada bulan 8 nanti.Saya rasa situasi ini akan berlaku juga pada teman2 rakan dari kuliah dan juga mana2 institusi,habis exam buku2 dan kitab akan dilupakan.Tidak dikatakan semua org bersikap demikian,akan tetapi segelintirnya pasti ada.Mengapa begitu ye???

Suasana sebelum exam cukup indah rasanya bila diperhatikan.Solat dijaga,bangun malam,study dgn tekun.Ermmm..adakah suasana ini akan berkekalan sehingga selepas examye???

Bagi kawan yg sudah habis exam,bagi yg ada jawatan dlm persatuan sudah pasti akan menyambung kembali tugasan yg berbaki.Ada yg bersedia dgn Mesyuarat Agung yang bakal tiba tidak lama nanti.Apa pun selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab masing2.Kita cuba lakukan yg terbaik utk ISLAM.

Bagi teman2 yg rasa tidak ada apa2 tanggungjawab yg besar,rancang dan susunlah dgn baik.Jom kita pakat hidupkan BUDAYA MEMBACA BUKU DAN KITAB.Bukan hanya membaca utk musim exam semata2.

Saya rasa cukup kagum dgn budaya membaca yg ada pada kaum arab mesir.Budaya membaca Al-Quran di mana2 sahaja.Ketika menunggu bas,atau kenderaan,dlm bas samada berdiri ke duduk.Pernah terlihat suatu ketika dahulu pekerja buruh bangunan berhenti rehat dan ketika itulah diambil peluang utk membaca Al-Quran.Subhanallah.Polis pun ketika bertugas membaca Al-Quran.Boleh dikatakan majoriti semuanya sentiasa melazimi dgn membaca Al-Quran.Ini adalah satu sikap baik yg patut kita semua membudayakan dlm kehidupan kita seharian ditambahkan lagi dgn memahami isi kandungan Al-Quran.

2 comments:

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Satu corak dan satu fenomena yang perlu diubah.. Habis imtihan xsemestinya buku dah xwujud di hadapan mata.. Sy bersetuju dgn pendapat saudara.. Bahkan menuntut ilmu tu xpernah habis.. Budaya membaca perlu dipupuk kerana dari pembacaanlah yang menambahkan kekuatan seseorang dari pelbagai aspek.. Dan mampu mengubah segalanya..

Alangkah indahnya jika suasana seperti di arab tu wujud di Malaysia.. Teringin sy untuk merasai suasana macam tu..

Cucu Tok Jambul said...

Naam....bagi mereka yg mempunyai kesedaran kepentingan membaca perlulah mengorak langkah utk wujudkan suasan perubahan kearah yg lebih