Pages

Sunday, May 10, 2009

.:: Seorang Ibu dan Sebuah Perjuangan ::.



Ramai org sekarang ini sibuk memperkatakan tentang 'Hari Ibu'.Selamat Hari Ibu...apa dengar tentang ini teringat saya kisah yg telah diceritakan seorang ustaz kepada saya suatu ketika dahulu semasa beliau laksanakan program utk beberapa org temannya dan apabila tiba Hari Raya Aidilfitri ada yg meminta izin hendak pulang ke kampung jumpa dengan mak dan ayah

Ustaz :Sebab apa nak pulang?
Kawan2 :Nak pulang sebab nak minta ampun dengan mak ayah.

Ustaz :Kenapa pada hari lain tidak boleh minta ampun ke?Kenapa semestinya tunggu Hari Raya baru nak minta ampun,nak minta maaf..
Kawan :(Semuanya diam termenung memikirkan kalam ustaz tersebut)

***Kesimpulan di sini yg saya ingin bawa kepada teman2 sekalian.Untuk mengingati IBU kita bukan khusus hanya pada hari IBU semata2.ISLAM sendiri telah mengajar kepada kita bagaimana semestinya hubungan kita dengan IBU kita sendiri.Sebagaimana kisah di atas,dan bersempena dgn hari IBU.Jangan kita adakan halangan utk kita terus berbakti kepada kedua org tua kita.Nak minta ampun minta maaf,jgn kita tunggu Hari Raya baru nak minta ampun nak minta maaf.Dan senantiasalah mendoakan kesejahteraan utk kedua org tua kita yg telah bersusah payah sejak kita di dalam kandungan perut ibu lagi.Besar sungguh jasa dan pengorbanan seorang ibu.

Seorang ibu juga ada yg boleh menjadi perangsang kepada kita utk terus berjuang menegakkan kalimah Allah s.w.t di atas muka bumi ini.Tidak terlepas ada juga ibu2 yg menghalang anak2 muda mereka berjuang di jalan Allah.Beberapa kisah utk kita bandingkan tentang perbezaan antara keduanya dipetik dari kitab Bahtera Penyelamat karangan Ustaz Fathi Yakan :

1-Kisah bagaimana seorang wanita Ansar yg mana bapa,saudara dan suaminya mati di dalam peperangan Uhud.Tetapi wanita tersebut hanya memandang enteng tentang kematian itu.Bahkan yg diambil berat oleh wanita tersebut ialah bagaimanakah keadaan baginda Rasulullah ketika itu.Subhanallah.Lihat bagaimana kecintaan beliau terhadap perjuangan agama merelakan org yg dikasihi pergi meninggalkan alam yg fana ini.

2-Kisah yg kedua pula ialah bagaimana ibu seorang sahabat baginda Rasulullah s.a.w,Mus'ab bin Umair yg telah memogok utk lapar tidak makan agar anaknya Mus'ab itu meninggalkan ajaran agama Islam.Namun Mus'ab tetap dgn prinsip Islamnya sebagaimana yg telah di ajarkan oleh baginda utk mentaati kedua ibu bapa hanya dalam perkara yg makruf sahaja.Apakah yg Mus'ab jawab kepada ibunya yg tercinta :"Andaikata ibu mempunya 100 nyawa sekalipun,dan setiap kali nyawa ibu dicabut agar saya meninggalkan Agama Islam ini,sesekali saya tidak akan meninggalkan Islam".Subhanallah.

Bagaimanakah agak2 situasi kita ye?Saya sendiri dan juga teman2.Di mana agak2 keadaan kita.Moga Allah sentiasa berikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita agar kita tidak sesat di dunia yg cerah di sinari mentari.

No comments: