Pages

Friday, May 15, 2009

.:: Nabi Allah Isa A.S Akan Membunuh Babi ? ::.



Maaflah tak jumpa yg lebih elok,dan sememangnya babi ni macamtulah rupanya lebih kurang.Babi atau nama manjanya yg agak kekucingan sedikit iaitu khinziz adalah binatang yg diharamkan kepada org Islam memakannya.

P/S :Jangan tenung lama2 pada babi tu ye...

“Demi yang diriku berada ditangan Nya,sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil,maka ia akan menghancurkan salib,membunuh babi,menolak upeti,melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)

----------

Apa yg ingin saya kongsikan bersama sahabat2 ialah tentang diantara beberapa tanda akhir zaman yg dunia semakin hampir pada QIAMAT.Daripada maksud hadis di atas,yg ingin saya fokuskan dan kongsi ialah di mana Nabi Allah Isa A.S akan diturunkan kembali oleh Allah s.w.t di suatu masa yg telah ditetapkan nanti utk membunuh babi2 yg ada di muka bumi ini.

Seorang ustaz saya pernah menyatakan bahawa tentang masalah ini,tidaklah semestinya Nabi Allah Isa turun kemudian bunuh babi itu seekor demi seekor,akan tetapi itu ibarat satu gambran atau tamsilannya sahaja.Beliau ada menyatakan ketika itu di masa kes babi yg berlaku suatu ketika dahulu iaitu JE saya pun lupa singkatan apa,yg mana arahan dikeluarkan agar babi2 dibunuh,dan skg ini timbu lagi wabak yg berpunca dari babi dan sudah ada yg dibunuh.Makan inilah antara gambaran yg diberikan oleh ustaz tersebut bahawa tidak semestinya Nabi Allah Isa akan bunuh seekor demi seekor,akan tetapu memadai dgn apa yg berlaku skgni.Maka,dunia kini benar2 semakin hampir dengan Qiamat...namun di mana persediaan kita????

3 comments:

Anonymous said...

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-Aa'raf 7:179)

Binatang ternak yg dimaksudkan adalah babi sendiri, yang sentiasa melanggar batas. Perumpamaan ini bagi orang2 yg tidak mengfungsikan diri sebagai seorg hamba Allah, yang hidupnya berpedomankan hawa nafsu, melanggar segala batas2 agama.

Yang hendak dibunuh oleh ISA adalah org2 sedemikian rupa.Agar manusia itu menjadi manusia berpandukan kehendak Allah.

Wallahualam.

medic alex said...

"Babi atau nama manjanya yg agak kekucingan sedikit iaitu khinzir adalah binatang yg diharamkan kepada org Islam memakannya atau menyentuhnya."

salam alayk ustaz, kalau tak silap ana, pengharaman swine/khinzir ini hanya pada memakannya TIDAK pada menyentuhnya. Sentuh khinzir tidak menjadi suatu kesalahan, hanya perlu kepada samak.

ps: veterinar(doktor haiwan) dan pelajar U didalam bidang pertanian, sangat berkait rapat dengan khinzir...

jika ana tersalah, minta diperbetulkan, wallahu3alam...=)

Cucu Tok Jambul said...

syukran atas teguran..maaf atas yg terlepas pandang itu.