Pages

Tuesday, May 12, 2009

.:: Menunggu dan Menanti Di DUN Penanti Pula ::.

Rentetan dari Pilihan Raya Kecil di beberapa tempat sebelum ini,kini rakyat dan seluruh jentera parti2 politik akan menumpukan pada PRK di DUN Penanti pula.

Butiran maklumat calon yg pertama telah mengambil borang pencalonan :

1-Puan Aminah Abdullah 56 tahun
2-Jawatan yg pernah dipegang :

-Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bukit Bendera 1999-2007
-Exco Wanita KeADILan Pusat 2000-2007,
-Timbalan Ketua Wanita KeADILan Negeri 2000-2004
-Ketua Wanita KeADILan Negeri Pulau Pinang dari 2004-2007
-Letak jawatan pada 13 Julai 2007 ekoran krisis dalam parti berkenaan.

3-Mempunyai 4 org anak kesemuanya perempuan
4-Suaminya Mohd Rofi Osman yang juga bekas Ketua KeADILan Bahagian Bukit Bendera
5-Sebab meyertai PRK ini kerana ingin menegakan kebenaran dan keadilan yang sudah mulai hilang daripada parti tersebut.

---------
-Calon pertama bagi PRK di DUN Penanti sudah ada,kita akan menanti siapakah lagi calon2 yg bakal bertanding dalam PRK kali ini.Kita akan sama2 saksikan siapakah calon dari Parti Pas,UMNO dan juga dari parti2 lain yg akan bertanding jika ada.

-Ketelusan SPR dalam melaksanakan tugas,amanah dan tanggungjawab amat penting.Usah main taktik kotor.Dalam ucapan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menyebutkan bahawa PAS sempadan kesabaran ketika isu dan kes yg berlaku di Perak.Dan tidak mustahil Pas akan bertindak pada isu2 lain jika keadaan sudah terlalu mendesak oleh sebab sudah terhapusnya keadilan di negara ini.

No comments: