Pages

Tuesday, May 05, 2009

.::'Kerajaan Perpaduan' atau 'Unity Government '::.



Beberapa istilah politik :

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Maksud 'Unity Government'

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

----------
Di atas adalah beberapa petikan yg di ambil dari petikan asal dalam http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020418&Itemid=115.Sahabat2 yg rasa masih belum jelas tentang masalah yg pernah tercetus sebelum ini boleh rujuk semula pada link asal.Harap pada semua dapat faham dari sudut istilah dan apa yg telah dimaksudkan oleh Al-Fadhil Tuan Presiden PAS.

No comments: