Pages

Wednesday, May 06, 2009

.:: Kepimpinan Islam : Ulamak atau Profesional ::.



Hidup ini tidak dapat lari dari bermasyarakat.Dalam kelompok masyarakat yg jumlahnya ramai tidak akan sempurna jika tidak ada pimpinan.Hatta dlm jumlah yg sedikit pun baginda s.a.w berpesan kena lantik juga pemimpin sebagaimana dalam hadisnya yg bermaksud :

"Jika kamu bertiga, maka lantiklah salah seorang menjadi ketua."

Dengan jumlah 3 org baginda telah berpesan agar dilantik pemimpin,inikan pula dalam jumlah yg lebih ramai.Allah s.w.t ada merakamkan dalam Al-Quran :

"Ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

(Al-Baqarah, ayat 30)

Baginda Rasulullah s.a.w ada satu contoh yg paling sempurna telah didatangkan sendiri oleh Zat Yang Maha Suci dari segala sifat yg menyerupai makhluk yg lemah lagi hina.Baik baginda sebagai pemimpin dalam kelompok yg besar mahupun yg kecil seperti dalam keluarga baginda sendiri.Subhanallah,Maha Suci Allah Yang Maha Besar.
Dalam kepimpinan Islam yg sebenar,kita tidak diajar semata-mata hanya memimpina manusia dan makhluk yg lain hanya dari sudut dunia sahaja,bahkan kita diperintahkan agar membawa manusia dan makhluk yg lain utk mengingati bahawa kita semua masih lagi ada negeri yg kekal abadi dan di sana segala amal samada yg baik mahupun buruk tidak ada terkecuali walaupun sebezar zarrah akan dihitunga dihadapan Allah s.w.t.Pemimpin Islam yg sejati pasti tidak akan lupa akan perihal sebegini.Kalam ucapan di majlis rasmi mahupun tidak.Perkara ini seharusnya ditekankan.

Sifat baginda s.a.w :Siddiq,amanah,tabligh dan juga fathonah harus pemimpin Islam miliki.Jika tidak pasti aka nada kelompangan yg bakal mencacatkan perjalanan kepimpinan tersebut.Itu adalah sifat secara asas bagi seorang pemimpin Islam.

Dalam suatu kisah baginda Rasulullah S.A.W. pernah menolak permintaan Abu Dzar al-Ghifari yang menawarkan diri untuk menyandang satu jawatan menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Anda seorang yang lemah, sedangkan tugas ini adalah satu amanah, ia menyusahkan dan menjadi satu penyesalan pada hari kiamat nanti, kecuali bagi orang yang
mengambilnya secara hak dan menunaikan tanggungjawab
yang terpikul di bahunya".

(Hadis riwayat Muslim)
Kriteria Pemilihan Pemimpin Menurut Perspektif Islam

Ada dua rukun:

1-Quwwah
2-Amanah.

-Quwwah dalam pengertian syara` mestilah merujuk bidang tugas yang diberikan. Secara umum, quwwah ialah kekuatan atau kemampuan melaksanakan tugas dalam
pelbagai bidang-fikiran, kerohanian, jasmani, keorganisasian, akhlak, peribadi dll
yang perlu dimiliki oleh pemimpin untuk mejayakan kepimpinannya. Quwwah
dalam bidang peperangan misalnya merujuk kepada kepintaran mengatur
strategi peperangan, semangat juang dan keberanian; quwwah dalam
menetapkan hukum antara manusia, merujuk kepada kesanggupan menjalankan
hukum-hukum menurut Al-Quran dan As-Sunnah dengan adil; dan quwwah
dalam bidang kewangan, merujuk kepada kemahiran dalam bidang ekonomi.

-Amanah pula diterasi oleh tiga perkara utama iaitu takutkan Allah (takutkan Allah
daripada melakukan ketidakadilan, pengkhianatan dan kecuaian); tidak menjual
ayat-ayat Allah dengan harga murah untuk mendapat habuan dunia; dan tidak
takutkan manusia.

Ternyata sukar untuk memperolehi individu yang memiliki kedua-dua sifat
quwwah dan amanah sekaligus. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:

"Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya
seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam
perjalanan jauh." -(HR Bukhari)

Syarat-syarat pemilihan pemimpin yang disepakati oleh ulama, termasuk al-
Mawardi, pengarang kitab `Al-Ahkam al-Sultaniah, antaranya ialah:-

• Muslim akil baligh dan lelaki. Kanak-kanak yang belum dewasa tidak
boleh dijadikan ketua. Syarat lelaki ini didasarkan kepada sekatan atau
halangan yang terdapat pada seorang wanita dalam pergaulan (seperti
menjaga aurat selain keadaan fizikalnya dsb). Adalah tidak praktikal kalau
perempuan menjadi ketua negara atau jawatan yang sepertinya.

• Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah S.W.T., tidak menyalahi kitab
Allah S.W.T. dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Maksudnya, pemimpin perlu
bertakwa dan ikhlas, tidak meninggalkan solat dan kewajipan menunaikan
zakat, puasa dan mengerjakan haji dan berupaya menjamin hak-hak
manusia di bawah jagaannya meliputi perkara-perkara agama, akal,
keturunan, nyawa, harta dan kehormatan.

• Berilmu. Menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu fardu ain, khususnya
yang berkaitan dengan akidah, syariah dan sistem akhlak Islam. Juga
perlu menguasai ilmu-ilmu fardu kifayah, bahkan mestilah dapat
membezakan sekali gus melaksanakan amar ma`ruf nahyul munkar. Ini
bermakna pemimpin mesti banyak membaca dan bahan-bahan
bacaannya harus keluas sesuai dengan perubahan pesekitaran dan
peredaran masa supaya sentiasa proaktif menangani kepimpinan
pasukan/jamaah.

• Mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan masalah berteraskan ilmu,
hikmah, kebijaksanaan dan kaedah yang sesuai dengan masalah yang
dihadapi. Pemimpin wajar mempunyai pandangan yang tajam sesuai
dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bahawa Allah suka kepada pandangan yang tajam (kritis)
ketika terdapat kekeliruan dan (Allah suka) kepada akal
yang matang ketika hawa nafsu menyerang".

• Beradab mengikut akhlak Islam, supaya mampu menjadi contoh teladan
(qudwah) untuk diikuti oleh orang yang dipimpinnya. Pemimpin perlu
melaksanakan apa yang diperkatakan, juga mesti mempunyai sifat-sifat
mahmudah seperti takwa, jujur, ikhlas, merendah diri, pemaaf, tetap
pendirian (istiqamah) dan seumpamanya. Sentiasa memastikan
kebersihan jiwa dan rohani dengan sentiasa menyelidik dan memeriksa
segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memper-baikinya. Dia
mesti senantiasa merasakan betapa berat amanah yang dipikulnya tetapi
berkeyakinan mesti mampu melaksanakannya.

• Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan. Keperluan kesempurnaan
dan kesihatan fizikal tubuh badan sama pentingnya dengan aspek-aspek
keilmuan dan kerohanian. Akal yang sejehtara itu letaknya pada badan
yang sihat seperti hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Lelaki yang mukmin dan kuat tubuh badan lebih disayangi
Allah daripada lelaki yang mukmin tetapi lemah fizikalnya."
Rasulullah S.A.W. dengan tegas mengingatkan
menerusi sabdanya, bermaksud:

"Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya,
tunggulah masa kehancuran." (HR: Muslim)
Khatimah

Menaqalkan kembali kalam Al-Fadhil Tuan Guru Mursyidul Am PAS “Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang. Hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.”Petikan asal dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020595&Itemid=85.Semoga Muktamar PAS kali ini akan berjalan dengan baik dan lancar.

No comments: