.:: Biarkan Rakyat Menjadi Hakim ::.

Husam Musa
Sultan Azlan Shah
1-Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuat pilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tinggi semalam memberikan kemenangan dari segi undang-undang kepada Pakatan Rakyat.
-Bubarkan DUN dan biarkan rakyat Perak sekali lagi membuat pilihan siapakah yg mereka ingin lantik menjadi pemimpin mereka.Memeimpin bukan sekadar pada jasmani,tapi juga mental ke arah yg lebih baik.
2-Menurut Husam, bagi PAS dan Pakatan Rakyat, pembubaran Dun tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat kerana, rakyat Perak bebas membuat pilihan mereka sendiri.
-Apabila bubar kembali,ianya tidak semstinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat,terserah kepada rakyat.Kenapa UMNO mesti takut jika DUN dibubarkan?Jika tidak takut teruskan ikut jalan yg terbaik.
3-"Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," tegas beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
-Prinsip mesti diutamakan,jika tidak akan kelihatanlah mereka yg gilakan kuasa utk memerintah.Belum pape dah sibuk nak duduk kerusi MB ye..Sabar dulu.Yg dah lompat parti apa cerita skgni?
4-"Jika Najib berani bertindak bersama Pakatan Rakyat untuk memujuk Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, BN mendapat dua markah iaitu bebasnya kehakiman di bawah pentadbiran Najib dan yang kedua, kerana berani mencari jalan penyelesaian kepada krisis atas prinsip kembalikan kuasa penentuan kepada rakyat," ujar Husam.
-Ya.UMNO akan mendapat sedikit pandangan positif kembali jika bertindak bersama2 dgn Pakatan Rakyat bagi memujuk Sultan Perak bagi membubarkan DUN,kerana dari sudut sistem kehakiman sudah membuat keputusan yg baik kerana membuat keputusan berdasarkan undang2.Jika tidak,rakyat akan tidak percaya sama sekali dgn keadilan yg dicanangkan oleh UMNO.Andaikata rayuan daripada MB HARAM diterima maka kembali maka rakyat kembali sangsi.
Sumber :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020708&Itemid=85











No comments:
Post a Comment