Pages

Friday, May 08, 2009

.:: Buat Blogger Pesanan Us Din Tantawi ::.

Manfaatkan penulisan blog untuk perjuangan Islam

1-Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.

2-Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.

3-"Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.

4-"Nabi dulu saw, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda," katanya.

5-Pada hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.

Sumber Asal :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20648&Itemid=1

--------------
Beberapa point penting antara yg telah disebut oleh Al-Fadhil Us Nasruddin Tantawi kepada kita2 semua yg mendokong perjuangan Islam yg ada blog dan sebagainya sebagai wadah di alam maya :

1-Masalah ada blog,tapi tidak selalu di kemaskini antara masalah besar juga dikalangan yg ada blog.Samada masalah tak tahu nak masukkan isu apa,tak ada bahan,masalah internet,komputer rosak dan bermacam2 masalahkan...So kena fikirlah jalan penyelesaiannya...

2-Masalah ni pun banyak je berlaku...

3-Medan utk berdakwah lebih luas dan byk,namun kita tidak sedar dalam sedar.

4-Masalah tidak ambil iktibar dari sirah,memandang enteng pada kerja Islam.

5-Ayuh bangkit kembali bina semula amal islami kerana Ilahi

No comments: