Pages

Monday, May 11, 2009

.:: Berpurdah dan Berjubah Pun Masuk Pertandingan Ratu Cantik !!! ::.



Demikianlah pertandingan yg telah diadakan di Arab Saudi,anjuran pertandingan 'Ratu Cantik Islamik'.Pertandingan yg lain daripada yg lain.Pertandingan ratu cantik ini bukan menilai daru sudut kelangsingan tubuh badan,cantik paras rupa atau tidak,akan tetapi matlamat yg ingin dicapai adalah 'Ratu Cantik Akhlak' di kalangan peserta yang berjaya menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat terhadap ibu bapa masing-masing.

Program lebih kurang seperti akademi fantasia dan program2 yg lain,namun pengisiannya sama sekali tidak sama dgn AF dan lain2 yg lebih pada hiburan semata2.
Peserta akan menghabiskan masa 10 minggu menghadiri kelas dan diuji dengan tema termasuk 'Menyedari kekuatan dalaman anda,' 'Pembentukan menjadi pemimpin' dan 'Ibu, syurga di bawah tapak kakimu.'

Tema terakhir itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW bagi menggariskan peri pentingnya rasa hormat kepada ibu bapa, antara tunggak utama dalam ajaran Islam.

Peserta juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di luar bandar bersama ibu masing-masing. Di sana mereka akan diawasi oleh hakim wanita dan diberi markah mengenai cara mereka berinteraksi dengan ibu mereka.

Program ini sama sekali tidak ditayangkan dan hakim semuanya di kalangan wanita.

--------------
Maklumat asal sahabat boleh rujuk :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Ekstra/20090511083728/Article/index_html

Amacam sesuai negara kita buat???

No comments: