.:: Andaikata Dunia Ini Mempunyai Pohon Buahnya 'Kalaulah' ::.

Gambar Hiasan
Andaikata di dunia ini Allah ciptakan pohon yg menghasilkan buahnya adalah buah kalau,makan sudah pasti sangat2 tidak mencukupi dgn sikap kita yg sentiasa ada sahaja kalaunya.
Apabila tiba saja musim peperiksaan,akan ada suara2 yg mengatakan,"Ish,kalaulah dulu masa awal2 tahun aku baca kita 2 atau 3 muka surat saja dah habis,taklah kalut dekat2 nak exam skgni",lagi "Ish,kalaulah aku hafaz 2 bait saje matan ni dari dulu,dah habis pun skgni","Ish,kalaulah dari dulu aku ulang quran paling sikit pun 1 juzu' sehari,mesti lancar punya skgni".
Demikianlah antara beberapa luahan 'kalaulah' daripada kita sendiri kadang2 dan juga teman2 kita.Agak2nya sampai bilaye kita akan menggunakan 'kalaulah'.Bila agaknya benar2 kita akan melaksanakan perkara tersebut.Andaikat kata sekarang ini kita masih guna kalau utk persediaan exam di masa akan dtg,insya-Allah panjang umur sempat lagi.Akan tetapi jika 'kalau' ini kita gunakan selepas kita dimatikan oleh Allah...kita sudah pun melangkah ke alam yg satu lagi adakah ianya masih mempunyai nilai duhai diriku dan juga teman2ku sekalian?
Dalam al-quran sendiri Allah ada menyatakan bahawa akan tiba di akhirat nanti manusia yg memohon kepada Allah agar dikembalikan dia ke dunia utk membuat kembali amal ibadat,hatta jika disuruh utk membilang pepasir di pantai pun sanggup,akan tetapi saat itu sudah tidak ada nilai.
Hendak laksanakan kebaikan,ayuh kita segerakan usah kita lengah2kan.Wahai diri yg penuh dengan dosa dan noda,jom kita kembali kepada pemilik alam ini dgn segala persediaan yg benar2 mengcukupi utk perjalanan kita yg masih panjang.Moga kita tidak akan kehabisan bekalan di pertengahan jalan.
Moga Allah sentiasa ampuni atas segala dosa dan noda yg ada pada diri ini dan moga kita dimasukkan di dalam golongan yg sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk Allah Yang Maha Mengasihi hamba-Nya.
 

 
 
 














 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



1 comment:
ameen2 =)
Post a Comment