.:: Memori Kita Bersama Duhai Sahabatku ::.
Duhai teman,masih ingatkah lagi suatu masa ketika kita bersama2 di Shoubra semasa kita masih lagi adik2.Abg2 telah bawa kita jaulah ke Iskandariah.Kenangan bersama dgn Zarimi.Kalian berdua telah berada di tanah air,namun diri ini masih di perantaun.
Saat di mana kita telah ditaklifkan sebagai BADAN PENGURUS PMRAM (BP),anta sbg Ketua Badan Ekonomi ana sbg Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah sesi 2007.Ingatkah lagi kenangan ini sewaktu kita buat PROGRAM MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DI ARMA.Entah bila lagi dapat kita berprogram bersama duhai teman.
Ingatkah sahabatku,ketika mana bergemanya takbir raya di bumi Mesir ini,lagu raya tanah air di dendangkan.Kita bersiap utk solat bersama-sama.Dikau indah berpakaian dgn kenderaan motosikal.Tidak ku duga rupanya ini adalah kali terakhir mungkin kita beraya bersama di perantauan.Ingatkah dikau teman,ini rumah kita bersama kali ke berapa setelah kita berpindah?
Ya Allah,segaknya dikau duhan teman berpakaian selaku seorang graduan yg telah tamat pengajian di SHOUBRA.Ku harap kita bersama-sama terima anugerah itu,namun rezki daku agar lebih lama di Shoubra membatasinya.Dikau mendahului terima gelaran seorang graduan.ALhamdulilah,syukur segalanya pada Tuhan Sekalian Alam.Doakan daku agar berjaya pada imtihan akan dtg,kerana cita-cita ini masih jauh ingin mengembara di bumi ini.
Masihkah dikau ingat duhai sahabat ketika kita bersama2 dgn ahli keluarga BP kita sesi 08 di HADIQAH AZHAR.Kali pertama kita masuk,makan di atas padang bersama2 dgn teman yg lain.Sungguh indah ketika itukan.Kita bergambar beramai2 dgn teman2 kita yg lain.Allahurabbi.
Ketika mana kita bergambar bersama Zuhaili,Syafiq,Azrul,Daku dan dikau di tengah2 berhampiran maqam IMAM SYAFEI.Tidak teringinkah kita menziarah maqam ini bersama2 lagi duhai sahabat?Kita pusing juga maqam2 sekitarnya.Ya Allah
Saat di mana daku cuba menahan sebak di dada.Terasa sayu dan hiba bila mengenangkan ini mungkin kali terakhir dapat melihat dikau berucap di hadapan BP dan HEWI 09 beserta beberapa org teman kita mantan BP dan juga HEWI sesi 08.Walau pada peringkat awal dikau menolak.Namun engkau akur dgn permintaan teman2.Berlatar belakangkan muzik yg begitu syahdu,membuatkan daku terasa makin hiba.Terbayang segala memori kita bersama.Dikau menyatakan agak payah utk menangis.Namun mgkn tidak bagiku.
Ya Allah,semenjak bertolak dari pejabat,hati makin hiba mengenangkan saat2 terakhir kita bersama di pejabat PMRAM ini.Walaupun hanya baru beberapa bulan kita pindah ke pejabat baru.Ketika mana kita bersama teman2 naik kenderaan bersama2,air mata ini makin tidak dapat dibendung duhai sahabat.Terlalu hiba rasanya,rakaman silam silih berganti.Hampir 4 tahun kita bersama.Ya Allah betapa indahnya ukhuwwah ini.
Duhai teman,maafkan daku kerana tidak dapat berkata2 dgn lafaz di bibir,kerana sebak di dada.Namun ingin ku nyatakan dan ingin ku mohon ampun dan maaf atas segala salah silap selama kita bersama.Semenjak kita bersahabat di Shoubra lagi.Berkat dan jasa didikan PMRAM,begitu indah ukhuwwah ini.Teringat kita tidur beramai2 di pejabat lama bersama teman2 yg lain.
Air mata perpisahan kita ini,mudah2han ianya tidak sia2.Andaikata ada lagi jodoh pertemuan kita nanti,insya-Allah kita akan bertemu jua di tanah air.Andaikata tiada jodoh pertemuan itu,sama2lah kita mengharapkan dgn rahmat Allah agar dipertemukan di Syurga sana insya-Allah.
TERUSKAN BERJUANG WAHAI SAHABATKU.SELAMAT KEMBALI KE PENGKUAN KELUARGA YG TELAH SEKIAN LAMA DIKAU TIDAK KETEMUI.DIKAU BEGITU TABAH DAN SABAR DALAM MENANTI UTK KITA SAMA2 BERMUKTAMAR PADA SESI YG LEPAS WALHAL TELAH TAMAT PENGAJIAN DI TAHUN YG LEPAS LAGI.TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT.DOAKAN KAMI YG MASIH DI SINI,KAMI YG MANTAN2 BP DAN HEWI,SERTA TEMAN2 KITA BP DAN HEWI BARU 09 AGAR TERUS THABAT DALAM MENERUSKAN BAHTERA TINGGALAN ABANG2 DAN KAKAK2 TERDAHULU.BAHTERA PMRAM YG SAMA2 KITA NAKHODAI SUATU KETIKA DAHULU.DOAKAN AGAR BAHTERA INI TETAP TERUS BELAYAR DGN JAYANYA SEHINGGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YG SELAMAT DAN YG DIJANJIKAN OLEH ALLAH.











1 comment:
ehm.. sedih.. orng yg takde kaitan pun rasa sedih baca slot ni.. Camtulah agaknya ukhuwah para sahabat2 hasil tarbiyah Rasulullah saw.. lebih dari itu.. sanggup mati kerana saudara.. moga kalian bertemu di syurga.. tahniah!
Post a Comment