Pages

Thursday, April 30, 2009

.:: Kenangan Di Tanah Suci Mekah 1429 H ::.



Sinaran mentari,yg taat menurut perintah Khaliqnya.Tiada sedikit pun bantahan,keluhan.Tapi kita manusia yg punya akal,sering ingkar perintah Allah.Masya-Allah.



Inilah bahtera yg kami naiki.Dari Pelabuhan Suez,Mesir sehinggalah ke Pelabuhan Jeddah.Perjalan selama 3 hari di atas laut.Subhanallah.Pengalaman yg cukup berharga.Pahit manis semuanya ada.



Satu2nya haji paling kecil yg semangat ikut kami bersama,HAJI MUAZ.Anak kpd pasangan Us Nik dan Kak Wani.Begitu mencuitkan hati bila bersama dgn amu2nya.



Kesempatan bergambar dgn sahabat2 jemaah haji sebelum masuk kapal setelah selesai pemeriksaan imigresen.Pengalaman yg begitu indah.



Kenangan bersama salah seorang teman baik,Syazwan Omar.Kenangan di atas kapal semasa hari pertama bertolak dari pelabuhan Suez,Mesir.



Sedang menunggu kenderaan yg muassasah sediakan utk kami bergerak ke Mudzalifah bagi mengutip batu2 utk melontar 'IBLIS' dan bermalam di Mudzalifah.



Mabit di Mudzalifah.Beratapkan langit Allah Yang Maha Pemurah.Berdindingkan sesama lautan manusia yg mengerjakan haji.



Jamrah yg sudah bertukar wajah berbanding suatu ketika dahulu aku pergi bersama dgn keluarga.Dahulu kecil sahaja,namun kini sudah seperti perahu kapal layar.Siap ada penghawa dingin lagi di bawah ini.Dulu hanya guna kipas syiling sahaja.



Kenangan memegang bendera PMRAM bersama dgn kawan baik Ahmad Afifi.Kini dah pulang ke M'sia.Dah menjadi ustaz.Semoga dapat berikan bakti pada ISLAM wahai teman.



Tempat yg kita semua bakal di kebumikan



Lebih kurang sama dgn perkuburan di bumi Mesir.



Inilah persekitaran perkuburan MA'LA di Kota Mekah.



Subhanallah.Kesempatan Allah kurniakan bertemu kembali dgn senior semasa di MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN PULAI CHONDONG,MANTAN PRESIDEN MAJLIS PELAJAR YG PERTAMA,akhi Thoriq.Terima kasih kerana sudi belanja kami semua makan.



Inilah tapak asal rumah baginda Rasulullah s.a.w junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yg telah dibina atasnya MAKTABAH.Berhampiran dgn Masjidil Haram.Masih teringat dan terbayang bagaimana situasi sedikir pertengkaran antara ahli jemaah haji PMRAM dgn penjaga MAKTABAH ini yg langsung tidak membenarkan utk kami ambil gambar.Bid'ahlah katakan



Bersama sahabat2 satu jemaah haji,menunggu sahabat2 dari Madinah utk membawa kami ziarah2 sekitar Kota Madinah.Cuaca yg cukup menyejukkan.



Kesemptan melawat ke kilang percetakan Al-Quran di Madinah Al-Munawwarah.Terima kasih pada sahabat dari Universiti Madinah yg sudi membawa ziarah sekitar Madinah



Kenangan bersama teman2 satu jemaah haji PMRAM 1429 H di dalam kawasan MASJID NABAWI.Ya Rasulullah,Ya Habibullah...Kurniakanlah syafaatmu kepada kami.



Keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa tiada bandingan dan tandingan.Suasana dari atas kapal semasa pulang,dalam perjalan pulang ke bumi Mesir

Ya Allah Ya Tuhanku,jemputlah daku kembali dan lagi utk menjadi tetamu-Mu di tanah haram-Mu.Daku merindui tanah 'bakkah-mu'.

No comments: