.:: Daripada Sahabat Buat Sahabat Seperjuangan ::.

TAZKIRAH UTK PEJUANG AGAMA ALLAH S.W.T.
      
PEJUANG AGAMA ALLAH,
  Dlm sibuk engkau mmbicarakn persoalan strategi perjuangan,dlm asyik engkau menyusun perancangan,kadangkala engkau terlupa utk mnyemak kedudukanmu di sisi zat yg Agung yg krn-Nya engkau menyusun,mengatur & berjihad.Lupakah engkau bertanya sejauh mana keikhlasanmu,lupakah engkau mebelek manhajmu agar benar dan selari dgn manhaj Rabbani yg di turunkn.
  WAHAI PEJUANG RISALAH KEBENARAN,
  Dlm sibuk engkau ingin mengetuk pintu hati org lain,terlupa pula engkau mengetuk pintu hati sendiri,agar sentiasa merasai kesegaran hubungan dgn Allah S.W.T,sensitif terhadap kedaulatannya,merasai tanggungjawab Ad-Deen ini,tidak krn engkau berjamaah tetapi krn engkau di bwh perintahnya.
WAHAI DIRI YG SERING ALPA,
  Selalukah engkau mencari jalan agar hati ini sentiasa lembut dan halus sentuhannya,agar sentiasa peka dgn kebesaran Allah,mudah menitiskn air mata mengenangkan keagungan-Nya dan menginsafi kekerdilan,kelemahan,kejahatan,kesalahan dan kealpaan.
MUJAHID & MUJAHIDAH,
  Seakan2 mahu bergegar buana bila engkau mebicarakn kedaulatan Islam & sistemnya,tetapi bergegarkah hatimu bila engkau berdiri di hadapan Tuhan yg menurunkan Islam & sistemnya di dlm solatmu?Terasakah engkau keenakan berdiri di hadapan-Nya @ berusahakah engkau utk mcari keenakkan itu?
WAHAI PENERUS PERJUANGAN,
 
  Sibuk engkau ttg dustur Al-Quran dan perlaksanaannya..sibuk jugakah engkau ini membaca Al-Quran,bertadabbur akan kandungannya yg mulia..menitiskah air matamu bila engkau mndengar bicara Allah tentang azab yg perit dan pedih di akhirat kelak dan engkau belum pasti terlepas daripadanya.Rindukah engkau pd redha dan syurga Allah yg indah?
WAHAI PERIBADI GERAKAN ISLAM,
  Ketahuilh bahawa hatimu keras,khusyu'nya kurang,syukur dan redhanya tidak banyak terhadap Allah,banyak salah dan silapmu.Tunaikan solatmu dgn khusyu' dan tenang,muhasabahlah dirimu di kala sunyi,bacalah Al-Quran yg engkau prjuangkan.Di sana ada bekalnya utk engkau tempuhi perjalanan.Pada nawafil dan amalan sunat itu ada jln yg hampir utk engkau dapatkan kasih sayang Tuhanmu.Pd Qiamullail di tengah keheningan mlm,brsama bisikn doa munajatmu,bersama esakan air mata keinsafan,kesedaran,keikhlasan kau temui kelazatan dan kemanisan taqarrub..di sana ada bekalnya.Sentiasalah engkau membaca Al-Mathurat pd permulaan harimu serta renungilah kandungannya yg di warisi dari Nabi,nescaya kau dpt fahami siapa engkau sbg daie.
  
MUJAHID DAN MUJAHIDAH ANSORULLAH,
  Pd rasa tawadhu' pd ukhwahfillah,pd infaq fisabilillh,pd menjaga lisan,pd uzlah muhasabah diri pd zikir pg dan ptg itu ada ketenangan dan kekuatan.Biarlh berwibawa d hadapan manusia krn kedaulatan Tuhanmu tetapi rasailah kekerdilanmu di hadapan Allah S.W.T.Tegakkan Islam di dlm jiwamu..nescaya tertegaklah di ats tanah airmu.
   
PEWIRA DAN SRIKANDI ISLAM,
Boleh engkau memberi jaminan bahawa engkau tidak berlebihan dan melampau dlm urusanmu. Tidakkah terkadang khilafmu dgn sahabatmu yg berlainan aliran dgnmu mnyebabkan engkau bertindak di luar drpd yg sepatutnya?Apakah engkau terlalu yakin bhw engkau akan terus tetap di jln kebenaran ini..di mana munajat dan rintihan memohon rahmat dan istiqamah drpd Allah?Selalukah engkau membaca doa yg di ajar Tuhanmu surah ali-imran: 147
"Ketahuilh bhw engkau seorg daie dan ketahuilah hanya hati yg hidup shj yg dpt memberikan nafas kpd hati yg mati dan hati yg mati sama sekali tidak dpt mghidupkn hati yg mati."
TERUSKAN PERJUANGAN WALAU BERSEORANGAN WALAU JIWA MENJADI GADAIAN !
--------------------
Sumbangan daripada sahabat dan di kongsi bersama sahabat2 yg lain.Semoga tercetus kesedaran dan sama2 dapat ambil manfaat.
 

 
 
 














 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



No comments:
Post a Comment