Pages

Wednesday, March 25, 2009

Khairy, Shahrizat ketuai Pemuda, Wanita-Ke Mana Arah Pemuda Dan Wanita Melayu Akan Datang???



Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Pemuda

Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

.......................

Ulasan pendek Cucu Tok Jambul

Bahtera WANITA dan PEMUDA UMNO dah berubah.Ada kemungkinankah arah akan berubah?PAK LAH dah nak turun takhta,MAHATHIR dah turun lama,nak tinggalkan pewaris pun nampaknya masih belum ada,MUKHRIZ kalah,tapi PAK LAH ada juga nampaknya tinggalkan SAKA.KHAIRY dah dapat takhta KETUA PEMUDA.Mudah2han makin 'majulah' PEMUDA MELAYU ISLAM MALAYSIA akan datang.

No comments: