Pages

Tuesday, February 17, 2009

Tiada-Kehidupan-Persimpangan Antara Syurga Dan Neraka?



Persoalan dan hakikat yg tidak akan dapat kita semua lari.Asal kita dari tiada,ditentukan oleh Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui kita dihidupkan oleh Allah.Setelah melalui beberapa proses kita dihantar ke alam dunia ini.Alam yang penuh dengan kebesaran Allah bagi mereka yg mengambil manfaat,alam yang penuh hikmah bg mereka terpilih.

Dalam Al-Quran,Allah ada berfirman yang menyebut dan menyatakan bahawa kita semua dikeluarkan daripada tiada kepada ada,dan akan kembali tiada sehinggalah akhirnya kita semua akan dibangkitkan di padang Mahsyar Allah S.W.T.Perancangan Allah yg begitu teliti dan teratur,sama sekali seorang manusia pun tidak akan dapat melawan dan menandingi urusan Allah.

Daripada kehidupan kita ini,kita semua bukanlah dihidupkan semata-mata untuk berseronok,khayal,main sana sini dan bermacam urusan dan kerja yg kita buat tanpa mengira persiapan dan bekalan yg semestinya dan sewajibnya kita semua sediakan sebelum meneruskan perjalan ini.Kerana kita semua adalah musafir yg sedang menuju ke suatu destinasi yg penghujungnya hari Akhirat utk mengadap Allah Yang Maha Suci.

Dalam Surah Al-Mulk ayat yg kedua,Allah ada menyatakan bahawa diciptakan maut dan hayat adalah untuk diuji kita semua manakah antara kita yg akan membuat amalan yang terbaik.

Dalam menuju hari akhirat sudah pasti kita semua akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.Gambar di atas sekadar gambaran umum kepada kita sebelum sampai kepada Syurga Allah.

Salam peringatan buat diriku jua dan teman-teman yang membaca.

No comments: