Pages

Saturday, February 07, 2009

Permainan Media




Bila mana berlaku sesuatu isu,peristiwa,peperangan dan berbagai lagi macam bentuk suasana,antara golongan yg akan bertindak pantas dalam mengulas,mengambil maklumat samada tepat,benar atau pun tidak ialah mereka yg ada tugasan dalam penyebaran maklumat,media massa.Para wartawan,pemberita,penulis-penulis akan membuat ulasan pandangan mengikut di mana platform dia berada.Dalam isu ini,ingin diiangatkan kepada para pembaca,hendaklah kita mencari sumber untuk dapatkan maklumat yg benar-benar sahih dan tepat.

Mengapa begitu?Ini adalah kerana dibimbangi kita akan dikaburi oleh mereka yg suka pada penyebaran maklumat melalui media menyalahgunakan peluang dan ruang yang telah Allah berikan ke jalan atau ke lembah yg bakal dimurkai Allah.

Seruan kepada mereka yg ada peranan,tugasan dalam menyebarkan maklumat agar dapat menggunakan kemudahan,peluang yg Allah berikan ini sebagai salah satu cabang,ruang,tompok-tompok yg boleh kita isi dengan amalan soleh.

Perihal tentang disuruh agar kita mengkaji,mencari maklumat atau informasi yg sebenar ada difirmankan Allah s.w.t Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui segala sesuatu yg tersurat atau tersirat di dalam Surah Al-Hujurat:6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا

*Daripada ayat ini kita diperintahkan agar mengkaji dan mencari maklumat yg benar,bersih lagi sahih.

Dalam sesuatu isu atau kes,kita akan dapat lihat ulasan,pandangan yg berbeza.Kadangkala mereka yg memberi keterangan atau kenyataan jauh berbeza dengan apa yg disampaikan didalam akhbar-akhbar.Seolah-olah sengaja di api-apikan bagi melaga-lagakan antara satu sama lain.Ini adalah satu sikap yg begitu teruk dan jahat.

Usahlah dihiaskan najis dengan bungkusan yg cantik dan indah kerana hakikat ia adalah najis yg kotor.Sabarlah wahai pejuang Islam,setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Sedikit pandangan tentang apa yg berlaku di Negeri Pakatan Rakyat Perak Darul Redzuan,ini mungkin satu penapisan daripada Allah bg mereka yg ingin berjuang kerana Islam utk kita menilai kembali siapakah yg benar-benar layak utk berada di dalam saff perjuangan.Semoga nusrah dan bantuan Allah sentiasa bersama mereka yg benar dan sabar.

No comments: