Pages

Sunday, February 15, 2009

Perjalanan



Perjalanan-2/12/03

Dalam perjalanan aku mencari
Erti hidup di dunia ini
Aku menyepi ku menyendiri
Mencari maksud kehidupan ini




Perjalanan yang penuh onak dan duri
Menguji kita ketahanan diri
Pada apa kita Imani
Hidup di dunia yang sementara ini



Susah dan senang perlu dilalui
Setiap halangan perlu dilepasi
Segala cabaran perlu didepani
Bagi mencapai maksud yang suci



Tempat yang indah sudah dijanji
Syurga di sana sedang menanti
Bersama penghuni segala bidadari
Menanti hamba yang ikhlas pada Ilahi.



.......................................

Perjalanan yang masih jauh,amat memerlukan bekalan yg secukupnya.Kadang kita lupa dan alpa bahawa kita ada musafir.

Berkelan mencari jalan pulang ke kampung halaman.


Ku Ingin Kembali Usul

No comments: