Dalam Pencarian
Beberapa hari sebelumni status ana pada YM ialah dalam pencarian.Di link kan dgn alamat blog,namun bila kawan buka,diorang pakat tanya mana artikelnya.Namun ana tidak ada lagi bahan tersebut.Namun hari ini akan cuba di sampaikan tentang beberapa perkara yg ana cari,dan mungkin juga teman2 sekalian.
Antara pencarian yg bagi ana semestinya kita semua cari dengan bersungguh-sungguh ialah keredhaan Allah Yang Maha Besar.Tuhan sekalian alam.Yang Hidup dan kekal selamanya.Dengan ketentuan daripada-Nya kita semua diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk bernafas di bumi ini.Jika hendak dihitungkan segala nikmat yg diberikan sudah pasti tidak akan mencukupi jari tangan dan kaki.Akan habis dakwat utk mencatat segala nikmat-Nya.
Dalam suatu ceramah,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ada menyatakan bahawa,sebelum kita semua menjadi rakyat Malaysia,ahli persatuan mana pun sekalipun yg sewajibnya kita semua ingat bahawa kita semua adalah hamba Allah.Hamba yg sepatutnya hanya mengabdikan diri semata-mata kerana Allah.
Baik kita selaku pimpinan baik peringkat antarbangsa,negeri,pertubuhan,persatuan kumpulan-kumpulan dan berbagai lagi yg semestinya kita semua cari adalah REDHA ALLAH.Perjalanan hidup semestinya selari dgn undang-undang yg ditentukan Allah.Di dunia jika kita tidak turut undang-undang negara kita akan di denda,dihukum,dipenjara dan sebagainya.Namun jika kita langgar undang-undang Allah bagaimana?
Rasa cukup sekadar ini sahaja dulu,insya-Allah akan bertemu lagi di masa akan datang.
Salam kemaafan dan hormat buat semua.
Cucu Tok Jambul
No comments:
Post a Comment