Pages

Sunday, December 28, 2008

HIjrah 1430 : Apa azam kita ?

Syukur alhamdulillah,puji dan puja hanya untuk Yang Maha Esa,selawat dan salam ke atas junjungan baginda yang mulia,ke atas ahli keluarga,para sahabat serta seluruh para pendokong agama Islam yang tercinta.

Telah berlalu hijrah 1429 dengan segala pengalaman,liku-liku kehidupan yang sama-sama kita ummat Islam lalui,susah senang,pahit manis,suka dan duka.Hidup di dunia ini sama sekali kita tidak akan terlepas daripada diuji oleh Allah s.w.t.Baik kita diuji dengan kesenangn,kepayahan semua adalah ujian.Yang berjaya hanya mereka yang hanya mengikut perintah Allah s.w.t.

Hijrahnya baginda dan para sahabat meninggalkan tanah tumpah air kerana perintah Allah,atas nama hamba yang taat kepada Khaliq-Nya.Ikutkan perasaan dan jiwa serta hati yang kudus,betapa sedih dan pilu terpaksa tinggalkan tanah kelahiran sendiri,penuh dengan kenangan,ingatan bersama keluarga,namun itulah perintah Allah Yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan batin,yang tersurat mahupun tersirat.

Kita ummat Islam sering dipesan agar sentiasa mentajdidkan iman dengan kalimah tauhid.sering diperingatkan agar sentiasa memperbaharui niat.Kini kita semua akan menyambut tahun hijrah yang baru,dan kita semua akan menutup tirai 1429 hijrah.Apakah azam kita semua kali ini?

No comments: